Ramadan 2018 - Entri 2
Assalamualaikum.
Hari ni plan nak berbuka dengan kawan tempat kerja.
So dalam 6.30 baru shoot ke sana.
Jadi adala masa nak update blog sekejap. hehe
Dah 2 hari berpuasa ni tak tahulah kenapa tak selera dengan nasi.
Maybe sebab cuaca panas kot. So tekak dahaga.
Bila time berbuka nampak air jelah.
nasi satu senduk makan separuh je. Kuis kuis je dalam pinggan.
lepas suami siap makan, aku pun terus tutup saji. Takde selera nak sambung makan.
Malamnya sebelum tidur, kalau nak makan, makanla apa apa.
Buah ke, biskut ke, kuih ke.
Kalau takde, terus tidur jelah.
Bangun sahur gagahkan diri jugak makan nasi sikit. Minum susu kurma.
Tu pun nama makan menu masak sendiri. If lauk beli, lagilah aku tak selera.
Cuma kelmarin teringin nak makan ayam percik.
Teringin nak makan buah tembikai sejuk sejuk.
Air pun, terasa nak minum air sejuk dari peti ais je. Tak terasa sangat nak minum air manis.
Apapun, walau tak berapa ada selera dengan nasi, still masih bertenaga nak continue berpuasa.
Takdelah aku melepek tak larat ke hapa.
Still bercakap tak berenti jugak. Suara pun still kuat jugak.kahkahkah
lauk berbuka hari ahad.
otw balik kerja, singgah beli lala.
aku buat goreng pedas je.
terlebih letak air, so sedikit cair.
disebabkan masak semua 1kg, bagi sikit kat kakak ipar untuk rasa.
nasib baik secukup rasa. kot tak malu masak tak sedap.kahkahkah
then mak mentua buat lawar ikan. aku add on goreng ikan tongkol. habiskan last pieces.
suami beli popiah goreng.
adala kot menu lain. suami suka tapau lauk mana yang dia berkenan dari rumah kak ipar.huhu
kalau aku cakap tak payah pun, bukan dia dengar pun.
hari isnin aku masak ikan talapia 3 rasa.
suami tapau gulai ketam.
hari s elasa cuti wesak.
aku masak daging blackpepper je. portion banyak ni..3x makan pun tak habis.
so boleh imagine tak cane aku makan dengan suami?
stress asik tengok lauk tak habis.
suami tapau lagi gulai udang batang keladi.
ada jugak sambal ikan bilis petai.
dia tu, kalau lauk reheat, kureng je nak habiskan.
kalau aku tak habiskan, kesudahannya ke tong sampah.
ni lauk berbuka semalam.
disebabkan tak selera, so aku decide buat tomyam lagi.
kali ke2 di bulan puasa.
yang buat first time ritu aku tak puas hati sangat.
yang buat semalam, memang tip top.
sesedap rasa kena dengan selera tekak aku.
then, aku beli kerabu mangga. goreng ikan tenggiri masin letak bawang n lada.
suami tapau ayam goreng tepung dengan sambal telur pecah kakak ipar masak.
reheat black daging black pepper dengan sambal ikan bilis.
stil tak habis habis, menyampah haku.
malam tadi pun nasi makan separuh je.
kenyang dengan air masak, air sunquick blackcurrant dengan air coconut shake.
makan puding karamel sikit.
tomyam half periuk boleh makan lagi.
sahur esok makan je dengan mee kuning.
bila tak sekera nasi, rasa nak meratah lauk je.
sebelum tidur malam tadi, aku makan tomyam je semangkuk.
then sahur pagi tadi pun, makan nasi dengan tomyam je. cuit cuit lauk lain yang tak habis.
bila merungut kat suami cakap asik tak habis je lauk..dia cakap dah makan berdua.
banyak mana je pun makannya.
dia pun bukan kaki makan.
berbuka ala ala 2 senduk pastu tambah lagi separuh senduk cukupla.
tu pun kadang kadang dia tak menambah pun.
tapi ok jugak tak ada selera ni.
semalam ada parents bagitau aku nampak kurus.kahkahkah
syukur alhamdulillah....
memang dah kak muis. kalau berdua banyok lauk tak habis. mek beli jah. hahahaha. husband pulak jenis kaki bazar
ReplyDeleteKami tahun ni ber4 je.. sama je. beli dan buang. sedih tul.
ReplyDelete