Raya 2018

Assalamualaikum.

entri raya ni memang sengaja simpan nak blog hujung hujung syawal
sebabnya..entri puasa ada lagi satu dua belum publish.kihkihkih
tak publish kang sayang.
penat i snap dengan edit pic tau.
walaupun blog suam suam air milo..tetap kena update kenangan hari tua.
nanti anak cucu saya boleh baca.hee

tahun ni cuti raya 6 hari je.
disebabkan raya jatuh masa weekend, so dapatla cuti sehari sebelum raya n lima hari selepas itu.
raya ke6 dah kena masuk kerja.
boleh je nak apply cuti tambahan, tapi sape kenal aku tahulah aku jenis jarang cuti aka sayang cuti.kihkih
tahun lepas annual leave dapat 16 hari, tapi aku guna 5 hari n half je. mc guna 2 hari.
tahun ni pun plannya macam tulah.
setakat ni dah masuk bulan 7, aku baru cuti 3 hari, mc 2 hari. hihi

ok, berbalik cerita raya.

tengok gambar jelah ek.
tengok gambar yang nak upload baru aku ingat jalan cerita nak membebel.
entri puasa yang last pun haram satu details pun aku dah tak ingat.
gigih jugak nak update tu.





Raya pertama.
tahun ni dalam tak dirancang, warna tema dari mustard bertukar kelabu bertukar ke pink.
nasib baik aku dengan suami dua dua suka pink
bini harusla baju baru kan?
suami pakai baju recycle sudah.
kan hutang negara mencecah 1 trillion? kena jimat jimatla kan? kahkahkah

baju aku pun kainnya murah je.
beli online dekat CrazeCotton.
harga asal sepasang english cotton ni Rm65, aku beli  masa clearance sale hujung tahun lepas.
dapat rm30 je include pos.
kain best. memang puas hati.

baju suami recycle raya 2015.
tapi still elok je sebab suami just pakai sekali masa raya n sekali masa jamuan raya ofis.
dia paling suka baju melayu yang ni sebabnya kain cotton selesa, lepas tu jahit tempah fit je ukuran dengan badan
kalau beli siap selalu komplen kaki seluar besarla, tangan labuhla.
so untuk next year, dia bagitau siap siap nak tempah je.
so bini la kena cari kain nanti.

bajet baju raya tahun ni keseluruhan untuk 3 pasang dalam rm200 lebih kurang.
termasuk upah jahit. 



menu raya macam biasa.
satay, nasi himpit, kuih raya.
budak budak suka satay. aku suka satay.
tak payah pening2 nak fikir nak masak apa.




rumah kakak ipar buat nasi dagang.
makanla sikit dah pergi beraya kan.
lepas beraya lebih kurang, terus gerak balik rumah mak.
kebetulan suami nak pergi hantar ketupat yang kawan dia tempah, singgah beraya rumah kawan dia kejap.
dalam pukul 11 lebih sampai rumah mak.




menu rumah mak.
satay, nasi himpit, laksa kelantan, laksa penang, spaghetti bolognese, rendang daging, ketupat, tapai
aneka macam kuih raya bla bla bla




dari tengahari sampai ke malam aku stay rumah mak semua menu aku makan.
tapi portion sikit sikit jelah.
satu ni je ambik gambar.
sedap betul rendang kakak ipar masak ni.
makan dengan ketupat tawar.
aku tapau sikit bawak balik rumah rendang daging.





bajet makanan raya termasuk biskut raya, rm160 je lebih kurang.
biskut raya tahun ni. tat nenas, semperit/dahlia, almond london, biskut cendawan.
4 jenis ni rm50 je.
beli biskut bajet2 je.
tat nenas bawak balik bagi mak.




yang ni beli dari kawan kat kl.
satu bekas rm20, beli 4 bekas rm60 je.
aku ambik semperit, tat nenas, conrflakes dengan suji.
taste aku? tak sedap.
first time beli kuih raya air tangan orang kl..tak kena dengan selera tekak aku orang kelantan.
semperit bau wangi, berlemak lemak, bentuk comel tapi rasanya tawar sangat sangat.
macam tak letak gula langsung. memang aku tak makan langsung.
tat nenas pun tak best. tawar.
cornflakes walaupun tawar, still boleh makan. sebab crunchy n rasa lemak lemak
suji la paling ok kot dari segi rasa.
overall, tak puas hati.


sampul duit raya lupa pulak nak snap gambar.
dah habis edar duit raya baru teringat.huhu


antara koleksi sampul raya this year.
banyak lagi koleksi kat rumah tak ambil gambar.
aku memang minat kumpul benda alah ni.
time anak saudara dapat duit raya, mana yang cantik aku terus mintak.
dorang nak duit je pun.
masing masing ada purse, wallet. so sampul bak sini.kihkih

ok, habis cerita raya pertama.
bersambung raya kedua.





Raya ke2 tema pink kelabu.
setelah sekian lama, akhirnya tahun ni beraya aku tempah 2 helai tudung.
kosnya rm55 je untuk 2 helai.
yang ni baju kurrung pesak. beli kain je 2 meter.
untuk kain, aku rembat kain pelikat ayah.
pink kelabu cantik kan? kihkih

selipar raya pun pakai yang basahan pakai pergi kerja sehari hari je.
sandal raya dok rumah mak, asik lupa je nak ambik.
setakat ni 3 kali beraya, still guna sandal lama.
dah pakai 2 3 hari beraya je, konfemla tak rosak kan?
tipsnya berjimat cermat. 

Raya ke2 pergi makan kenduri rumah makteh area Pengkalan Chepa.


snap snap gambar dengan makcik dan makdo lepas kenyang makan nasi kenduri.hehe
both mak sedara putih n comel mcm saya kan?hihihi




ayah, mak dan adik adik lelaki mak.
suami suami pada makcik kat atas.
lepak lepak je dulu lepas makan nasi.
sembang sembang makan dessert bubur n minum air.
masa ni panas nak mamps.
aku minum air dekat 6 gelas.

then, otw balik singgah rumah kakak ipar area Jembal.
walau dah kenyang makan kenduri, kat rumah kakak ipar ada soto dan lontong yang sedap.
macam nak pecah perut aku makan.
dahla kita ni jenis tangki kecik.
sebuk makan, gambar pun lupa nak ambil.

sekian cerita beraya hari kedua.
bersambung hari ke3. 




raya ke3 keluar beraya dengan kawan.
baju raya ke3 tema mustard.
entah kenapa tetiba tahun ni mengigau ke hapa
pi tempah jahit kebarung mak cun.

kalau orang kenal aku, tahulah aku ni jenis simple.
aku tak suka over over
baju pun setakat pesak gantung, atau kurung moden pendek takde pesak.
no bling2 no batu batu no manik manik.

untuk kain pulak, sama je rembat kain yang ayah belikan untuk mak.
ada 6 helai, aku nampak ada 1 corak ni macam cantik je.
terus rembat sehelai.
untuk baju, beli kain je 2 meter.

raya ke3 ni pergi beraya 4 buah rumah.
dari tengahari sampai ke petang baru sampai rumah.
lepak je rumah mak, malam baru balik Jelawat.

bersambung raya ke4. tapi takde gambar langsung.
sebab dah takde baju baru.kahkahkah
dalam pukul 2, gerak ke rumah makcik sepupu bertunang.
lepas makan, kakak baru sampai dari Kuala Terengganu.
lepak rumah mak kejap lepas tu pergi beraya rumah abang kat Tawang.

Kakak ipar berdua masak mee kari.
sedapppppp. pun sama gambar takde. sedap makan sampai lupa kat hf.
tapi balik je dari rumah abang, malam tu aku rasa tak sedap badan.
rasa letih macam nak demam. seram sejuk semua ada.
rumah abang tu dahla ada history using mengusik. seram mak.

Raya ke5 last day bercuti.
Kakak sorang je ada lagi kat kampung.
kebetulan kawan dia ada nak datang beraya.
so aku ajak sekali kawan datang beraya.
Suruh kakak masak spaghetti je.
satay raya pertama pun ada lagi. Takpe..kita reheat je.kihkihkih



tengahari tu aku keluar kejap dengan mak ayah pergi melawat saudara sakit kat Hospital KB.
jalan jem nak mamps.
bila sampai dekat stadium, rupanya ada sambutan hari raya PAS.
amboi tahula menang, beraya sakan ek.
penat kaki kita bawak kete manual tau.
patut singgah beraya pekena satay secucuk dua.hihi

balik hospital lepak rumah je.
kawan kakak datang beraya. kawan aku sampai kesudah tak nampak muka.
rupanya dia tak sempat nak datang sebab pergi beraya sampai ke tumpat, dengan balik jalan jem semua.
tak kisahla. so plan nak jumpa kita tunda ke raya haji pulak.

akhirnya, berakhir sudah cerita raya saya tahun ni.
sengaja simpan nak post hujung syawal.kihkih

last but not least, jumpa lagi di entri raya 2019. in sha Allah kalau panjang umur. daaaaa.....




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB