Posts

Showing posts from 2019

SEHARI SEBELUM RAYA 2019

Image
Assalamualaikum... Sebelum post entri raya, meh kita cerita sebelum raya dulu. Macamla ada cerita best kan? 😄 Macam biasa, aku start bercuti bila bermulanya cuti rasmi kompeni bagi iaitu sehari sebelum raya je. Kalau kat Kelantan dia cakap 'hari wak tupat' translated: hari buat ketupat. Orang bandar pulak akan cakap; Raya Eve! Cuti awal awal pun nak buat apa kan? Apalah yang nak di preparedkan sangat. Rutin sama je pun tiap tiap tahun.  Hari last kerja berinai dengan kawan tempat kerja. Sekali sekala berinai cantik jugak. Nampak berseri la sikit nak sambut ghaye katanya 😉 Suruh buat simple simple je. Tipikal me. Bab bab simple bagi aku je. 😛 Takde bayaran pun..cuma aku bagila duit raya sikit kat adik kawan ni. Btw orang cakap duit raya elok bagi masa akhir Ramadan..pahala berganda ganda. So duit raya untuk kawan2 yang ada anak, memang aku bagi siap siap last day kerja. Hari cuti tu kemas dulu sikit sikit. Tak boleh beriya sebab nanti penat puasa.hihi Then dal...

Aurat & Istiqamah.

Image
Assalamualaikum. Jadi manusia ni, kalau makin tak berubah ke arah kebaikan..apa guna hidup kat dunia ni kan? Usia makin tua, supposedly sikit sikit kena ada kesedaran untuk berubah jadi lebih baik. Selalu dengar orang cakap, payahnya nak istiqamah. Payahnya nak maintain dengan sesuatu tu.. Tapi kalau berubah pun taknak..nak istiqamah macam mana kan? Masuk tahun 2019 ni..lagi 10 hari Muis dah nak cecah 35 tahun. Tua dah kan? Tapi I am still far away from being an excellent muslimah. Banyak lagi buat dosa. Banyak lagi amal ibadah tak sempurna. Pendek kata, dari markah 10, mungkin boleh bagi 3 je kot. 😂 Tapi bagi aku, asalkan ada kesedaran untuk berubah okla kan. Berubah atau tak, lain cerita ye. Tapi kalau dari awal kesedaran pun takde, itu yang bahaya. Tapi, berubah pun biarla dari yang tak molek ke lebih molek. Jangan yang elok elok dah molek, tetiba berubah jadi tak molek. Dunia akhir zaman kan? Semua benda pelik pelik je pun yang jadi. Macam kes Emma Maembong, ad...

Di Matamu. Di Mataku.

Image
Assalamualaikum. Rasanya dah seminggu lebih lepas AJL tayang kat tv tapi tak tahula kenapa kepala otak aku ni asyik dok humming lagu di matamu je. Seriously, dah bertahun kot aku tak pernah layan AJL. Tup tup ritu terbuka video yang Caliph Busker medleykan lagu lagu yang bertanding AJL. Dengar macam ada a few yang best. So gigih aku cari lagu bertanding kat youtube. Seriously jugak masa tulah aku first time tahu lagu baru Hael selepas jampi adalah Haram dan Hajat. Baru tahu juga lagu tema drama yang kadang2 dengar kat tv tu lagi Misha Omar. Dari 12 lagu..aku cuma pernah dengar tajuk lagi Bunga Ara..Dimatamu SS dengan Misha Omar je kot. Lagu yang lain haram tak pernah dengar.kahkahkah For me..aku lagi rela layan lagu dari tahun 80an 90an dari layan lagu latest. Then tak kisah la lagu melayu rock kapak ke, lagu boyband ke..lagu hindi ke..asalkan bukan lagu/muzik latest. Memang tak berapa kena dengan selera aku. Faktor umur la kot. Kalau yang latest pun..layan koleksi Sab...

Nasi Kenduri Year End 2018

Image
Assalamualaikum.. Tak tahula kenapa asal puasa je mesti ralit dok skrol gambar makanan. Nak kata nak dapat idea nak masak..bukan aku masak pun setakat puasa ganti ni. Tapi tulah..sengaja kot mendera perasaan dengan kelazatan gambar makanan. Gamaknya makruh kot hukum puasa aku ni. Jangan terbatal sudah.hihi 2 3 hari lepas baru je aku clear gambar dari telefon. bertimbun gambar makanan mostly gambar lauk pauk yang aku masak jelah. Aku ni bukan kerap sangat pun makan luar. Tapi still aku suka nak tayang kat sini acah2 masakan gempak la konon. Padahal aku dok ulang tayang menu sama je pun.kahkahkah Bersempena dengan cuti sekolah Chinese New Year minggu depan, of course la ada kenduri kan? Setakat ni ada 3 jemputan dari kawan sekerja, 1 jemputan jiran sekampung. Insha Allah mana yang berkesempatan pergi, aku akan pergi. Jarang sangatla kot aku tak pergi kenduri kecuali jauh atau ada hal lain. Alang alang meh kita tengok nasi kenduri dari koleksi bulan 10-12 tahun lepas y...

Welcome 2019

Image
Assalamualaikum. Yes...Muis membebel masih ada. Tiap tiap hari Muis buka blogger dan baca update dari blog2 yang Muis follow. Without missed a single days gittew. Cumanya Muis tiada daya nak menaip entri entri baru. Rasa lemah..letih...dan lesu dirundung pilu kekdahnya 😂😂😂 Hmm..lirik lagu dangdut ni kan? Btw..dah masuk minggu terakhir bulan Januari. Bab rutin jangan cakapla kan..of coursela rutin yang sama. As I am still hold the same job position for the past 3 years. Welcome to the same routine for the forth year. And for many years to come hopefully. Bukan merungut ye as I loved my job. Kalau tak suka..takkanla bertahan lama kan. 😎 Afterall..perancangan Allah adalah perancangan yang Maha terbaik. So terimalah kita seadanya. Bulan Januari biasalah..bulan untuk mengadaptasikan diri dengan pelajar baru..dengan staff baru. Masih banyak benda yang perlu diberi perhatian..panduan..bebelan dan sebagainya. Mana ada yang kurang perlu dibaiki. Mana ada yang salah kena...