SEHARI SEBELUM RAYA 2019


Assalamualaikum...
Sebelum post entri raya, meh kita cerita sebelum raya dulu.
Macamla ada cerita best kan? 😄
Macam biasa, aku start bercuti bila bermulanya cuti rasmi kompeni bagi iaitu sehari sebelum raya je.
Kalau kat Kelantan dia cakap 'hari wak tupat' translated: hari buat ketupat.

Orang bandar pulak akan cakap; Raya Eve!
Cuti awal awal pun nak buat apa kan? Apalah yang nak di preparedkan sangat.

Rutin sama je pun tiap tiap tahun. 




Hari last kerja berinai dengan kawan tempat kerja. Sekali sekala berinai cantik jugak.
Nampak berseri la sikit nak sambut ghaye katanya 😉
Suruh buat simple simple je. Tipikal me. Bab bab simple bagi aku je. 😛
Takde bayaran pun..cuma aku bagila duit raya sikit kat adik kawan ni.


Btw orang cakap duit raya elok bagi masa akhir Ramadan..pahala berganda ganda.
So duit raya untuk kawan2 yang ada anak, memang aku bagi siap siap last day kerja.


Hari cuti tu kemas dulu sikit sikit. Tak boleh beriya sebab nanti penat puasa.hihi
Then dalam pukul 11 lebih, aku ada job khas iaitu bawa mak saudara dan sepupu beli baju raya.
Pak saudara, adik kepada mak dah meninggal sebab kanser, so adala sikit sumbangan dari adik beradik aku untuk belikan makcik dan sepupu baju raya dan kasut raya mana mana yang takde lagi. 


Bla bla bla...lebih kurang tengahari dah setel shopping semua, hantar dorang balik, aku pun terus balik rumah mak.
Lepak je rumah mak sebab petangnya ada job lain pulak menanti.
Pick up satay untuk rumah mak. Rutin tahunan aku.
Tahun ni tempah satay tempat lain pulak sebabnya satay tahun lepas rupanya satay frozen..bukan yang bakar fresh.
Sedap memangla sedap tapi dah namanya frozen..satu kerja pulak nak kena panaskan balik.


Lepas siap pick up satay,  singgah beli barang dapur sikit mana mana yang nak ditambah tu. 
Kalut pulak kerisik takde, daun kunyit takde nak buat rendang.
Nasib baik jumpa daun kunyit, kerisik pulak jumpa kat market. 
Sampai rumah, kak ipau dah siapkan buat kerisik jugak  yang home made punya. 
Kecoh je. 





Berbuka last day 29 Ramadan. Tambah tolak mak ayah+anak 6 orang+menantu dan cucu total semua 30plus plus. Dah macam nak kenduri. 
Adik beradik yang lain?
Abang no 3 rumah mertua. Abang no5 rumah sendiri. Abang no6 tak balik raya. Adik no10 tak balik raya. Adik bongsu rumah mertua.

Menu adalah macam macam almaklumlah ramai. 

Aku plan asalnya nak buat ikan bawal sweet sour, tapi malas. Dah penat ke hulu ke hilir.
Last last aku bawak agar2 santan lumut je. Tu pun yang suruh kawan tolong buatkan. 
I is tak pandai campur malas bab bab dessert ni. 

Nasi pun makan sikit je. Ambil lauk sup tulang x kena selera.
Lepas tu ratah asam pedas ikan pari sikit.
Dalam pukul 8 lebih aku dah balik rumah Mertua.
Baju raya sendiri pun tak basuh lagi. 😓
Pastu nak kemas ruang tamu pulak.
Nak masak kari ayam lagi. Uishhhh banyak betul kerjanya 😁.




Disebabkan berbuka tadi  2,3 mulut je makan nasi, so malamnya berkeruk keruk perut aku lapar. 
Jadi mehla kita rasmi dulu roti jala dan kari ayam ni. 
First time Muis buat kari tau. 
Ada sedikit kesilapan teknikal, tapi dengan cerdiknya berjaya diselesaikan.hahaha
Karinya of coursela sedap kan. 

Malam tu lewat jugak tidurnya. Dalam pukul 1 lebih kot.

Rata rata aku tengok di status wasap, semua tidur lewat.
Yang pkl 2 3 pagi pun ada. Apa korang buat ek?
Apapun...tahun ni setelah sekian kalinya..akhirnya aku tak menangis di malam raya.
Takde dah episod bersedih malam raya mengenang nasib diri kenapa belum ada anak. Sedih pun dapat apa kan? Buat rosak mood je.
Okay..tu jelah cerita sebelum raya. Nanti Muis update cerita hari raya pulak ye.









Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB