INSOMNIA.


Assalamualaikum. 

Insomnia is a common sleep disorder that can make it hard to fall asleep, hard to stay asleep, or cause you to wake up too early and not be able to get back to sleep

Inilah masalah yang aku hadapi sekarang. 

No1. Hard to fall asleep. 

Sekarang ni aku rasa susah sangat nak lelap walaupun mata dah mengantuk, walaupun aku dah offscreen hf dan komputer, walaupun aku dah tutup lampu, walaupun aku memang dah ready nak tidur. 
Pernah dari pukul 10 lebih, aku gelisah tak boleh nak lelap sampaila pukul 2 pagi. 

Memang aku ni dari dulu sejenis susah dah tidur kalau dah melepasi waktu kritikal tidur, tapi lately makin teruk. Itu yang buat aku makin rungsing. 
bab tidur ni memangla dari aku remaja, aku bukan jenis yang mudah tidur dan suka tidur. 
Sebab tu bila kat asrama sekolah dan diploma pun, aku memang pastikan yang aku akan tidur sebelum pukul 12 malam. 

Sebab aku tahu, selepas 12 malam...konfem aku akan cerah mata sampaila pukul 1,2 pagi sebelum mengantuk balik. 
Dah jadi tabiat kot. Aku sangat jaga jam tidur. Tiap malam dah jadi tabiat, bila nak tidur je, pejam mata je, jari aku mesti bilang berapa jam waktu tiudur sebelum bangun pagi esoknya. 

If dapat 7 atau 8 jam, okla...tapi kalau less than that, terus aku jadi psiko risau if esoknya aku mengantuk. 

Tak tahula...mungkin hidup sekarang ni makin stress dan buat masalah tidur aku ni makin teruk.huhu
Entah entah aku ni sakit mental. Tu belum masuk bab apa yang aku kena buat sebelum tidur lagi tu. 
Ada a few rutin yang kalau aku tak buat, memang aku takkan dapat teruskan tidur. 

No2. Hard to stay asleep. 

Yes, aku sangat susah nak dapatkan tidur yang lena. 
Tersedar selang sejam tu adalah benda biasa.
If tidur dalam pukul 10 lebih..aku akan tersedar pukul 12 lebih..pukul 1 lebih..pukul 2..3...sampaila ke pagi. Biasa kalau pukul 5 lebih, aku dah terus bangun. 

Akibatnya, pegi kerja badan memang lemau je. 

Tu belum masuk sesi muntah2 angin pagi. 
Kalau tambah yang tu pulak, lagilah lembik badan. 
Faktor mudah tersedar pun tak sure. Mungkin sebab sejuk. Mungkin sebab aku ni dari azali sejenis light sleeper. Mungkin jugak sebab aku ni terlalu sensitif dengan bunyi. 

No3. Akibatnya....Wake up too early. 

Yang ni dah biasa. paling lewat aku tersedar biasa around 5-5.30. Lewat dah tu. 
Kalau awal dalam pukul 4 la lebih kurang. 

No4. Not able to get back to sleep. 

Dahla sedar awal, susah pulak nak sambung tidur. Stressnya tak tahu nak cakap. 
Dah cuba je nak tidur balik..memang payah. 
Kesudahannya dalam pukul 6 lebih yang dah sepatutnya bangun mandi dan bersiap pi kerja, masa tulah ko start mengantuk balik. 

Imsonia ni pun makin worse tak tahula sebab apa. Faktor umur ke, faktor kerja ke... 
Bab umur aku tak stress. Bab kerja memang stress. 
Kepala otak ni 24 jam non stop fikir pasal kerja. Asal celik mata, isu kerja masuk kepala. 

Kalau google cara nak reduced masalah ni..2 benda jelah yang aku buat sekarang ni. 
Offscreen hf lebih awal dan minum susu. 
Tapi selagi tak mengantuk..memang aku kena layan cerita kat pc.
Bila dah mengantuk,  minum susu, gosok gigi, baru off cerita dan pasang surah, barulah tidur. 

Nasib baik..terusla lena sampai ke pagi. 

Bagi aku, if tersedar sekali pun around 2,3 pagi untuk ke tandas...pastu tidur balik sampai pukul 5 atau 5.30...yang tu pun dah syukur sangat. 
Dalam sebulan rasanya, sekali pun tak jumpa yang aku boleh straight tidur dari pukul 11-5 pagi.  

tapi the good things is...lepas ni kalau ada anak, dan if dia style berjaga..should be no problems la kot.huhu. 
Keep thinks positive okeh....


:D


Till then..tata..............


















Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB