COVID-19
Assalamualaikum wbt.
Mesti kita semua tak jangka kan? Wabak yang bermula dekat China terus merebak ke negara kita jugak.
Walaupun masa tu kecoh di media sosial, kita semua termasuk aku pun memang tak jangka akan begini seriousnya sampaila last week kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan.
Maksudnya disini...Wahai Rakyat Malaysia..janganla kamu datang kerja atau kemana mana dan dudukla kamu di rumah sahaja 😢😢😢
Orang lain aku tak pasti...tapi kalau aku lah semua ni memang boleh bikin stress. Lagikan cuti 3/4 hari pun aku dah jemu inikan 14 hari. Ya allah sabar jelah.
Sekarang ni dah masuk hari ke6 and i am starting to stressing out. Rasa dah jemu dok tidur baring dalam bilik. Dah jemu hadap telefon hadap komputer. Dahla bilik tepi dapur. Muis tak kuad pun nak ganti puasa yang masih berbaki 3 hari ni. 😂😂😂
To make things worse...cuaca pun panas nauzubillah. Senang senang je aku boleh habiskan 2 ke 3 botol air yang 1 liter sehari. Malam tadi kot macam ada hujan. Hopefully cuaca pun bagi redupla sikit. Almaklum kita dok rumah kayu takde ac. Kesian kipas kerja 24 hours non stop. 😄😄😄
Dalam dok resah menanti tempoh rmo ni tamat...dengar khabar mungkin akan bersambung lagi for another 2 weeks. Ya Allah bertabah jelah if betul kekdahnya. Malas nak imagine apa apa. Kalau dah itu keputusan kerajaan...apalah dayu diriku menolaknya 😧😧😧
Patutnya lusa aku kena ke husm untuk sedekah darah untuk cycle period day21. Tapi tadi call nurse cakap tak payah datang. Appointment 7/4 nanti pun mungkin akan ditangguhkan. Baru plan kot kot kebetulan nak topup barang dapur di Mydin. Now I dont have any excuses to go out. Pheww
Dahla hari ke hari kes makin banyak. Yang malang dan meninggal pun makin bertambah. Allahu. Semoga yang dah pergi dirahmati Allah swt. Dah sampai masanya dan virus COVID ni hanyalah asbab sahaja.
Apapun..dalam keperitan rakyat syukur alhamdulillah kerajaan baru ni banyak membantu. Bagi aku..dapat penangguhan bayaran untuk loan kereta dan boleh keluar epf akaun 2..alhamdulillah. Takdelah risau sangat if tak bekerja sebulan or lebih. Gaji suami pun masuk full. Insha Allah cukup untuk kami survive.
Masa ni juga bersyukur lah suami jenis makan minum tak cerewet..tak meminta minta dan tak perlu sediakan hidangan 3/4 kali sehari. Pagi dia beli je nasi bungkus kat kedai. Lunch aku masak. Malam tak makan. Aku pulak selalunya petang dalam pukul 6 makan je nasi dan lauk baki tengahari. Setel.
Setakat ni..baru sekali je restock lauk. Insha Allah khamis atau jumaat ni lah pulak kot. Makan berdua..aku masak simple simple je pun.
Dah habis pun stok betik madu. Ambik dari rumah mak last week 2 biji kecil comel comel je. Buah pun dah habis stok. Ada buah lai wangi je sebijik lagi dalam esbok.
Nik suhaimi babak dok kait buah pauh epal. Terpaksa bini buat jeruk pauh. Tapi tak rendam dulu dengan air garam. Balik rumah mak semalam baru dia cakap rendam dalam air garam untuk buang masam. Yang ni letak cili padi 3 biji je pun. Pedas Nauzubillah. Makan sikit je rasa macam nak putus nyawa. Habis sebotol aku togok air. Satu bekas ni suruh suami makan jedengan anak anak sedara dia. Tengok2 tinggal bekas kosong. Licin.
Daun ketumbar masih elok banyak lagi berbaki so buat sup ayam ala thai. First try alhamdulillah menjadi. Yang baki petangnya buat makan dengan mee kuning. Setel dinner.
Baki ikan selayang/sardin ada 5 ekor. Sekor buat bebola letak dalam sup sayur ni. Padan dengan ikan kicap. Pastu tambah telur dadar. Bukan bini je...nik suhaimi pun makan bertambah sampai licin periuk. So petang tadi lepas asar..habiskan baki sayur je. Hmmm nikmat sungguh dapat hirup sayur mcm ni panas panas.
Untuk masak esok..ayam je ada dalam esbok. Telur masin ada lagi 4 biji. Ikan rebus ada 4/5 ekor. Esok buat ayam masak halia je kot. Ada baki kuah kicap..padan dengan telur mata. Cukupla tu. Makan sendiri ni senang..tak payah nak pelik pelik. Nik suhaimi..kalau aku bagi ikan rebus goreng je pun hokey.😂😂😂
Hmm..tu jelah nak membebel setakat ni. Kalau ada idea lagi lenkali muis bebel lagi ek. 😘😘😘
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D