Muis turns 36.
Assalamualaikum wbt.
Dah dekat 2 minggu baru ada mood dan berkesempatan nak update pasal besday tuan tanah.
Iols is busy last 2 weeks. Kena check report. Kena sign buku report dan fail student. Then ada Parents' Meet jumaat dan sabtu minggu lepas.
Nak update blog pun, gambar nak kena sorting, nak edit sikit sikit. Bukan main bubuh je. Kalau dulu dikala kerajinan update blog, gambar siap watermark lagi. Now, takde masa. Takdenya orang nak ambil gambar gambar aku ni.
Kalau nak ambil pun, lantakla labu.huhu
Ok, done intro.
Berbalik pada cite besday Muis. Sempena genap umur 36, tetiba rajin nak sambut besday lagi sekali. Teringin nak masak masak sikit untuk kawan kawan di tadika. So aku decide nak buat spageti bolognese, then beli cheese cake dan cheese tart dengan kakak.
Barang prep untuk masak spageti semua aku potong siap siap malam sebelum tidur. Pagi esoknya just bangun n campak campak jelah. Aku bangun dalam 5.45 dan siapkan semua x sampai sejam pun. Lepas tu baru mandi dan solat subuh.
Alhamdulillah kebetulan masa family day ofis suami sehari sebelum besday, aku ada join games dan dapatla hadiah barang barang dapur dan salah satunya adalah spageti dan sos bolognese.
Portion banyak ni sedang elok cukup cukup untuk 20 orang staf di tadika.
Kek batik from Puan Sha. Sedap dan kek batik is my favourite, cuma kena kurangkan manis sedikit.
Cheese tart 2 bekas pun beli dari kakak. Hari biasa aku jual kan, so hari ni aku bagi makan free je cheese tart dan cheese cake. Haa, makan jangna tak makan.
Kek besday dari cikgu ismira. Selalu saiz ni aku jual rm40, tapi harga adik beradik akak suruh bayar rm20 je.hihi
Comments
Post a Comment
any comments? thanks..... ;D