RESEPI: IKAN SIAKAP STIM


Assalamualaikum wbt.



Disebabkan Muis baru pandai buat ikan siakap stim, jadi marilah kita share respinya di sini.

As for me..aku tak suka follow 1 resepi. Biasa aku rujuk 2 atau 3 resepi dan tengok mana mana combination yang aku suka atau rasa sesuai. Biasa resepinya lebih kurang je pun tapi ada resepi berbeza bahan dan ada yang add on extra bahan.

Macam resepi siakap stim ni, ada resepi yang suruh letak daun limau purut..tapi aku rasa macam pelik je. Rasanya tak perlu kot semua resepi ala thai kena letak daun limau purut. Just my 2 cents. 😏

Okay..enough with my bebelan. Here's the recipe.

Untuk ikan.
Basuh bersih. Nak hilang hanyir dengan tepung gandum atau limau nipis up to u.
Then masukkan serai dan halia dalam perut ikan.
Kelar ikan dan lumur dengan sedikit garam dan bawang putih tumbuk.
Stim direct atas lubang steamer tanpa dilapik pinggan.
Sebab aku taknak air ikan.

Untuk kuah. Part 1
Panaskan 1 cawan air dalam periuk kecil.
Tunggu mendidih dan masukkan 1/2 kiub pati ayam.
Half is more than enough. First time buat ritu aku guna 1 kiub. Rasanya macam over powering sikit. Not nice.

Kuah Part 2.
Lada 3 atau 4 biji. Hiris.
Halia. Hiris memanjang.
Bawang putih. Cincang
Bawang besar. Belah dua dan hiris memanjang.
Akar pokok ketumbar. Ketuk sedikit.
3 sudu sos ikan.
Didihkan semua bahan di atas dalam kuali.

Padam api dan tambah jus limau nipis. Dari limau dan juga dari botol.
Tambah Garam. Gula. Perasa.
Wajib ada semua rasa pedas masam manis masin.

Bahan hiris.
Daun ketumbar.
Daun sup.

Kukus ikan sehingga masak dan alihkan ke dalam pinggan.
Cara nak check ikan...bila isi dah terlerai dari tulang maknanya dah masak.
Masukkan dulu kuah part 1. Biar kuahnya mendidih manja.
Then masukkan kuah part 2. Tabur daun ketumbar. Bolehla angkat. Makan panas panas. Fuhh terangkat.

Last..another photo of my ikan siakap stim. Jangan terliur ek. Pi masuk dapur bikin sendiri. 🤣🤣🤣


😋😋😋




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HSNZ - IVF (Counselling)

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic