Posts

keras kepala.

Image
assalam. suami selalu cakap aku ni keras kepala. senang cakap degilla. tapi bagi akula, aku ni degil bertempat. bukan degil membuta tuli.huhu. tapi aku memang kena mengakula yang aku ni memang keras kepala, degil  dan selalu nak kena menang atau kena mengikut kehendak aku. tak kirala dengan sape, pasal apa, seboleh bolehnya kena ikut kepala aku. sebab tu if ada apa apa, suami malas nak layan. sepatah dia cakap, sepuluh patah aku patahkan balik apa yang dia cakap. so bila dia malas nak layan, dia selalu cakap aku ni keras kepala.huhu. macam semalam. masa kat tesco aku berkenan satu blaus yang display kat patung. so bila cari tak jumpa aku tanyala salesgirl kat situ. dia cakap yang tu last piece. tinggal selai yang display je. so aku cakap takpela aku ambik jelah yang display ni. boleh ke? aku tanya. memula salesgirl tu asik dok ulang yang ni untuk display je, macam berat hati jelah nak jual, tapi aku pun cakap jelah aku nak. so kalau semua baju dah tak ada apa re...

candy buffet party

Image
Assalamualaikum. 2 minggu lepas lebih kurang, tadika aku buat sambutan birthday sekali dengan candy buffet party. disebabkan tahun ni trip takde, so pn boss decide ganti dengan candy buffet party je. kiranya sejak aku kerja sini, nilah first time kitorang buat event macam ni. so semua tak sabar n tak boleh nampak lagi flownya cane. rupanya on that day kitorang tak payah buat apa pun. semua dah setel just kita kena kontrol budak pastu ikut jelah jadual majlisnya cane. dalam candy buffet party ni selain sambutan birthday, ada aktiviti sand art dan magic show jugak. gambar ni pun yang ambil dari OP je.  sambutan besday pelajar bulan july. candy buffet siap dengan chocolate fountain. ada station ice cream jugak. takde gambar. sementara student bergilir buat sand art, ada jugak clown nak hiburkan dorang masa mula mula nampak clown semua macam waaaaa. sorang stduent aku siap tanya masa clown melintas depan kelas. teacher, mana badak? aku macam...badak?...

Game over!

Assalamualaikum. Minggu ni entah kenapa rasa penattttt sangat. Penat dengan laundry. Penat dengan masak masak. Penat dengan tetttt.hehe Tapi yang paling penat, penat melayan game. Semenjak 2 menjak ni entah kenapa aku macam ketagihan main game pulak. Takdela main game glamer glamer. Bukan aku pandai pun.hehe Tapi bila layan game, selgi tak capai target macam yang aku nak, memang aku takkan berenti. Dah seminggu ni aku asik tak boleh capai ranking no 1. Tapi semalam gigih punya pasal, tup tup dapatla cecah markah 780k. Elok je aku nak save point, tab tetiba hang. Eeei rasa nak baling je tab ke dinding. Bila hang, kena off, bila on balik memang takdela markah tu dalam scoreboard.huhu Yang tak tahan tu siap mengadu kat laki tu. Aku punya layan game sampai jadi pening2 lalat. Menjelang malam, dah rasa berat n sakit kepala. Selalunya if hari cuti n panas, memang aku akan sakit kepala. Tapi semalam takdela panas pun. Konfem sebab banyak jam sangat layan game. Aku tak...

My name is huang.

Image
Assalam. Dah 2 hari aku menangis nangis tanpa sebab. Bila suami tanya aku ckp takde apa apa. Adala kot sebabnya. Tapi sebab spesifik susah nak cakap kat dia. Tak tahu nak cakap apa. Nak cakap aku sedih? Mungkin aku terlalu stress kot. Kecewa dengan banyak perkara. Mungkin aku saja buat perangai nak dapat perhatian suami. Kadang kadang rasa pelik. Aku ni kalau luaran, memang nampak konfiden, jenis outspoken, kental etc etc. Tapi bab emosi, bab dalaman ni, aku jenis lemah sikit. Cengeng. Suka beremosi.  Ada ke patut tengok miss usa pun boleh berair mata. Sedih. Boleh macam tu? Satu yang aku perasan dari dulu lagi, aku ni tak boleh kalau orang tak beri perhatian kat aku. Aku nak selalu disayangi, nak selalu jadi perhatian. Dari sekecil hal, memang aku mudah terasa. Aku selalu rasa tak disayangi. Selalu rasa suami tak sayang. Selalu rasa mak tak sayang banding dengan adik beradik lain. Pendek kata, aku kalau bab kasih sayang ni jadi insecure. Tapi yang peliknya...

Redha la muis

Assalam. Hari ni rasa stress la pulak. Frust betol bila apa yang kita plan tak menjadi disebabkan orang lain yang tak efisien dalam kerja. Tapi betolla orang cakap, kita hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan. So aku anggap jelah ni antara dugaan yang aku kena tempuh. Redha la muis. Patutnya sebelum bulan puasa hari tu lagi aku dah boleh proceed dengan iui, tapi disebabkan misscommunication dalam setting date, last last iui ni kena tunda lepas raya. Punyalah aku tak sabar tunggu first period lepas raya. Tup tup ada jugak halangan kali ni. Hampir 2 bulan menunggu, nampaknya aku kena tunggu lagi sebulan. Apalah nasib. Dugaan macam nilah yang selalu buat aku stress, tension n takde mood. Kadang rasa nak give up je dengan hidup ni. Kenapala banyak sangat dugaan datang bertimpa timpa? Apalah dosa aku ya Allah? Mujur iman tu ada. Pujukla hati sendiri. Memang dah takde sape yang boleh tolong aku melainkan aku sendiri dan Allah. Redha la muis. Nak marah pun dah takde guna. Na...

entri sebelum raya

assalam. kesian kat blog aku ni. dah lama tak disuap dengan entri entri baru. maapla ye blog. tuan kau sekarang ni sikit punya malas nak mengupdate. hari kerja memangla tak sempat. bila malam kat rumah pun dah malas, mengantuk, n sibuk dok layan tv. sejak aku berblog, nilah ramadan pertama yang aku tak update blog di bulan puasa. kalau tahun tahun sebelum ni sikit punya rajin dok update menu sahur n berbuka. then menjelang raya sibuk dok update persiapan raya la pulak. baju raya, makanan raya, duit raya, kuih raya. harapnya di hari raya nanti rajinla aku nak snap gambar nak update blog. rugi kot kalau tak update. kenangan tu wehhh. in sha Allah lagi 5,6 hari nak raya. kalau dipanjangkan umur. persiapan raya tahun ni aku buat ala kadar je. baju raya tempah 3, yang siap 2 je. kasut n tudung raya guna je mana yang ada, jangan membazir.  kuih raya beli lebih kurang tahun lepas je. untuk menu pagi raya tempah satay n rebus nasi himpit jelah. malas nak fikir menu ...

Anak.

Asalam. Bangun pagi ni ttiba terfikir pasal anak. Suami dok tidur lagi. Aku dok membebel sorang sorang. Kenapala susah nak dapat anak? Tahun ni raya takde anak lagi? Kat mana aku nak cari anak ni? Huhu Iui dah tanggu sampai lepas raya. Kurang dari 2 bulan dah nak raya. Nampaknya tahun ni kali ke5 beraya tanpa anak. Kesian suami. Kesian aku. Kan best raya kalau ada anak. Boleh dapat duit raya. Boleh bergambar keluarga. Boleh beli baju sedondon dengan anak. Pendek kata nanti banyakla benda baru n pertama kali boleh buat dengan anak. Beruntungnya sape yang tahun ni first time beraya dengan anak. I is jeles.huhu Ingatkan bulan lepas sempat buat iui manala tahu boleh beraya dengan baby dalam perut. At least terubatla jugak hati ni. Sedang elok raya tahun depan anak dah besar. Tapi apakan daya, kita ni hanya mampu merancang. Kalau tuhan cakap takde, takdela jugak. Allahuakbar. Takpe muis, think positive. Kena gembira sokmo okey. Kurangkan emo. Kurangkan mood...

bajet dominic toretto

Assalamualaikum. Tadi ternampak di facebook, satu famili eksiden dan ada yang terkorban. Bila baca komen komen rupanya dorang eksiden sebab ada geng myvi club yang berlumba or bawak laju la kot. Nasib tak baik, sebabkan eksiden. Tak pasal pasal babitkan orang tak bersalah. Tetiba teringat sama la pagi semalam. Masa tu aku otw nak pergi tuisyen. Masa sampai kat area pauh lima, tersempak dengan geng konvoi gen2. Adala dalam belas belas buah kot. Kemain lagi laju masing masing. Siap dengan pasang high beam. Kemain dorang berlagak macam jalan tu atok dorang yang punya. Taula ff7 baru je sebulan main kat pawagam. Agak agakla kot nak bajet dominic toretto pun. Baru bawak gen2 je pun nak berlumba siap. If bawak ferrari tak tahula. Agaknya terbang kat langit kot. Menyampah je haku. Bawak laju laju, siap potong potong. Kita ni pulak yang kena elak dari dorang. Kot ye pun nak m*****s, go on korang jelah. Kalau eksiden, meyudahkan semua orang. Macam s**l je perangai. ...

1 mei.

Image
Assalam. Dah lama tak membebel dihari jumaat. Kalau membebel panjang je ceritanya, tapi asik malas je nak update blog. So macam biasa, aku kena baca balik entri entri lama, cari mood. Kadang2 bila baca entri lama, selalu macam eh, dulu mcm ni ek, dulu aku penah buat gini ek. So syukur sangat ada blog. Tempat aku nak abadikan kenangan hidup aku sampai bila bila. tahun ni 1 mei jatuh hari jumaat. Ruginya.huhu Sebab kami di kelantan memang dah hari cuti. If jatuh hari sabtu, barulah diganti hari ahad. Takpela, nasib baik hari wesak jatuh hari ahad. So minggu ni cuti direct 3 hari.hehe Takde kemana pun, tapi boleh lepak kat rumah layan tv pun dah alhamdulillah. Aku ni tak tahula dah nyanyuk ke hapa. Memandangkan aku jumaat sabtu mengajar tuisyen so macam biasa pagi tadi siap siapla nak pergi tuisyen. Langsung lupa hari ni public holiday, so takde kelas. Dahla keluar awal sebab plan nak jalan jalan kat pasar dulu. Sampai je depan tadika tengok gate berkunci. Aik???? ...

umrah ziarah mak ayah

Image
assalamualaikum. petang selasa mak ayah dah selamat berangkat ke mekah. disebabkan tahun ni masih belum dapat panggilan nak buat haji, so mak dah plan nak buat umrahla dulu. walaupun petang selasa baru berangkat, tapi mak ayah dah naik kl hari sabtu lagi. travel agency yang dorang ambik ni pun based dekat kl. KRS Travel Agency. mak ayah ikut travel agency yang pakcik pernah ikut dulu. so senang semua pakcik handle. kiranya takdela geng sedara mara atau orang kelantan. tak pelah, yang penting selamat pergi balik dan boleh buat umrah tanpa masalah lain. kami kat kelantan ni hantar di airport sabtu lepas jelah. so semalam kakak, abang n adik yang duk belah luar  hantar dekat klia. gambar dari wasap yang adik share. hensem je ayah bila pakai ihram ni. tapi bila tengok gambar ni rasa sedih la pulak. walaupun mak ayah pergi umrah sekejap je tapi still rasa sedih. typical me.hehe mak jangan cakapla. dari hari sabtu lepas dah sedih. nak tinggalkan mak dia, adi...