Posts

Muis membebel again

Image
Assalamualaikum. Dah lama tak update blog thru henfon. Kalau nak guna pc pulak malas betul nak transfer gambar. Gambar makanan je pun yang banyak.hehe Dulu update masa pakai tab aku download bloggeroid. Senang. Pastu tukar pakai iphone. Lepas tu tukar pakai samsung mega. Tapi aku tersilap download blogger instead of bloggeroid. Nak baca blog sendiri je boleh. Tapi kalau nak update tak boleh nak masuk gambar pulak. Stress hakak. Tapi aku biar je malas nak layan. Tapi 2 3 hari lepas tetiba aku teringat kat bloggeroid. Cari kat playstore jumpa. Haaa yang nilah yang ku guna dulu masa pakai tab. Senang kalau hari cuti nak update apa apa. So setel satu masalah aku. Minggu ni cuti jumaat je. Esok kerja. Ada meeting dan discussion bulanan. Dah 3x sabtu bekerja.huhu Tak dapek den layan marathon ulangan masterchef australia. 2x meeting, n last week ada open house rumah bos. Rasa macam x cukup rehat. Pergi kerja pun lemau je. Setakat sehari cuti mana la sempat nak rehat betu...

Seminggu Berhari Raya

Image
Assalamualaikum. tahun ni sama macam tahun 2012. hari raya jatuh hari ahad isnin. maka bercuti panjanglah kami termasuk jumaat sabtu, jumlahnya 9 hari. mana yang kaki berjalan tu..sakanla pergi beraya situ sini.huhu untuk hari raya, aku nak update satu entri je. kalau panjang pun lantak. nama pun muis membebel kan?hehe Raya Pertama. kali ke7 beraya dengan suami, macam biasaaaaaaa...pagi raya di rumah laki. aku stay dengan mentua. suami anak bongsu. anak lelaki satu satunya. so seumur hidup pun macam nilah rutin rayanya.huhu tapi nasib baik suami faham. raya rumah aku sedikit meriah dari rumah dia. so paling lewat pukul 11, memang kami dah gerak balik rumah mak aku. alahhhh, 6km je pun. rutin pagi raya pun macam biasa. lepas subuh aku terus masuk dapur. tahun ni baju raya dah gosok malam raya. ruang tamu pun kemas mala raya. pinggan mangkuk pun dah basuh dan keringkan malam raya. pagi raya just potong nasi himpit, panaskan kuah kacang, panaskan gulai ayam. roti...

Langkawi: Skypark Cabel Car

Image
assalamualaikum. hai hai hai. kali ni nak sambung lagi cerita di langkawi. balik je dari naik bot kat Kilim Geoforest park, nak baca klik sini  langkawi-kilim-geoforest-park.html destinasi seterusnya nak naik kereta kabel la pulak. Masa sampai tu lebih kurang pukul 5 kot. sampai je dekat parking, kami singgah makan dulu. lapar sangat sangat dah last makan pagi tadi je. Lepas tu baru singgah surau untuk jamak solat zuhur dengan asar. lepas solat terus gerak masuk ke skypark cabel car. Jauh jugak la nak kena menapak masuk ke dalam. Skypark ni terletak dalam The Oriental Village. kat dalam tu  banyakla ada kedai kedai jual souvenier, sempat singgah singgah gitu gitu je sebab kejarkan masa nak naik cabel car. naik kereta kabel ni, ayah naik sekali dengan aku dan hubby n anak, termasuk 2 orang anak sedara. sedang elok muat satu kereta kabel tu 6 orang je. then, family abang cikgu iskandar pun naik jugak. yang lain, mak, famili abang sulung dengan famili cikgu ...

Ramadan 2017: Day 9/10/11

Image
Assalamualaikum. dah masuk ramadan 20 baru nak update yang 10 hari lepas.kihkihkih i is busy hokey. malam malam tak sempat 10.30 dah terlelap depan tv. nak menaip pun tak sempat. alang alang dah ada gambar, kita tepek sini jelah. bagi meriah sikit blog muis ni. berbuka hari ke 9, aku panaskan balik je gulai kambing yang makcik tapaukan masa kenduri arwah tu. kan konsepnya jangan membazir. lepas tu aku nak habiskan ikan dalam peti ais. goreng ikan selayang ni garing garing je. lauk lauk lain lupa dah.  ayam goreng ni rasanya lauk sahur the next day. berbuka hari ke10, beli lauk kerutuk daging. kerutuk ni lebih kurang kuzi la kot. macam gulai tapi lebih pekat. kerutuk ni kalau famili aku, lauk legendla. dari kecik berbuka atau sahur kerap sangat makan lauk ni. yang ni beli dari mak kawan. banyak ni rm10. tapi okla makan berdua. siap ada bakinya untuk buat bersahur. kerabu mangga. first time beli kat kedai ni. ownernya memang orang si...

Ramadan 2017: Day 17 (Nuzul Al-Quran)

Image
assalamualaikum. period bulan ni terawal 2 hari, so ahad lepas aku dah 'beraya' awal.hehe kebetulan pulak hari isnin cuti nuzul alquran, mak buat majlis berbuka puasa n tahlil untuk arwah nenek. sedang molek la sangat sebab konfem kena buat itu ini. mak dahla cerewet. kurma isi 6 biji, tak cukup 10 biji pun dia bising.huhu aku balik pun dah tengahari. sebab tunggu nak layan ulangan masterchef canada dulu. dalam pukul 10, suami tengah membuta lagi, aku masuk dapur goreng nasi sikit. kemas kemas sikit. tengahari balik rumah mak singgah beli air asam boi dulu kat bazar ramadan. bila balik rupanya kakak dengan kak ipar aku pun sama tak berpuasa. dorang cakap mana cukup air sebungkus.huhu kebetulan semalam cuaca panas sangat sangat. dalam pukul 4 aku bagitau kakak nak keluar beli air. sebabnya mak nak buat sirap bandung dengan teh o je untuk berbuka. aku manalah suka sirap bandung. alang alang keluar aku pergi bazar ramadan peringat terus. aku beli roti john de...

Ramadan 2017: Day 13/14

Assalamualaikum. Hari ke13. Bersahur muis buat sambal ikan bilis kicap kering je. Dah mula rasa penat n tak selera nak bersahur. Untuk berbuka pulak tak masak apa apa. Pesan kat suami suruh beli ikan bawal atau kerisi tapi nan hado. Last last dia bawak balik lauk siap je. Sebab tu muis suka buat sendiri. Susah nak harapkan orang lain. Walaupun suami sendiri. Pic. Muis tengok pun dah tak selera. Ikan dahla tak garing. Lembikkk je isi. Entah2 yang tak habis jual semalam reheat balik je. Bila tanya suami pulak dia cakap beli rm7. Terus rasa macam eeiiii...tak puas hati sungguh. Muis cuit xuit sikit je. Yang lain jadi rezeki kucing. Nasib baik ada beli kerabu mangga. Pengubat duka. Pesan kat suami suruh beli dalca sebab nak pair dengan ikan bawal atau kerisi goreng. Dalca sepinggan lagi bagi mak mentua berbuka puasa. Kalau tak mrmbazir je. Dalam dalca muis suka makan putik jagung je pun. Tapi putik jangunh dia letak adala besar lengan. Bukan baby corn dah. Bapak...

Ramadan 2017: Day 7/8

Image
Assalamualaikum.. puasa hari ke7, lupa dah sahur makan apa.  tahun ni banyak ulang lauk sahur je pun.  then, untuk berbuka, muis decide nak goreng ikan kembung je.  pastu buat sambal kicap. lepas tu mek mentua bagi gulai ikan darat, ikan haruan kot.   gulai kakak ipar memang sedap. cukup rasa. yang penting pedas. bakinya simpan untuk bersahur tapi lupa nak simpan dalam peti ais. bangun paginya tengok kuah dah basi.  ikan kembung goreng. muis suka kalau kunyitnya letak banyak. saja nak habiskan ikan dalam freezer. kalau simpan lama lama tak sedap jugak. cicah sambal kicap. makan macam ni pun alhamdulillah simple tapi kenyang pun. suami pergi bazar beli paru goreng+terung dengan sambal pauh. tapi dah nama lauk bazar, suami jelah makan. \ muis tengok pun tak selera. paru muis makan kalau goreng garing je. kalau tak garing, memang tak suka. tembikai wajib. untuk makan malam malam. masa sahur pun muis makan jugak. ...

Ramadan 2017- Day 5/6

Image
Assalamualikum. 5 RAMADAN, RABU.  bersahur pagi tu, aku buat sotong goreng kunyit je. 1 lauk cukup. gambar takde. untuk berbuka macam biasa misi 1 hari 1 lauk diteruskan. aku masak daging goreng serai. terlebih bumbu so basah la daging saya. daging empuk cuma tak garing. banyak ni makan berdua pun tak habis. mintak suami belikan lawar. rasa boleh tahan tapi kacangnya banyak sangat. aku dahla tak suka kacang panjang. banyak ni 2x makan habisla separuh. bakinya aku buang je. bila simpan dalam peti ais dia jadi makin kering so tak sedap. membazir lagi. masa singgah kedai runcit, terbeli kuih ni rm2. nampak sedap tapi gigit sikit keras. kuih cara ni patut lembut sikit, barulah sedap. if ikut taste akulah. aku tak makan so buang je. membazir lagi.huhu 6 RAMADAN, KHAMIS. bersahur suami cakap nak makan mee goreng. mengantuk pagi kot. tersilap menumis dengan minyak banyak. so mee jadi too oily. kurang enak di makan. untuk berbuka, a...

Ramadan 2017: Day 3/4

Image
Assalamualaikum.. hari ke 3 bersahur dengan lauk lebihan buka puasa. gulai daging. lala pedas. cukupla tu. nak alas perut je kan. aku bangun pukul 4suku. masak nasi pasu sambung tidur tidur ayam sampai pukul 5. pukul 5 kejut suami makan sahur. lepas tu dah tak tidur sampaila pergi kerja. sejak puasa ni otw balik kerja memang mata ni macam ditampal gam. berat je rasa. dahla aku ni jenis sekali terjaga susah nak tertidur balik. so rasa tidur macam tak berapa cukup je. tapi takpe..weekend nanti kita ganti je balik.hehe untuk berbuka pulak, misi 1 hari 1 lauk masih diteruskan. suruh suami pilih 3 lauk. paprik campur, daging black pepper dan ayam kam heong. suami cakap nak daging. so balik kerja terus masuk dapur siang n perap daging, kupas bawang semua. pukul 6 dah tercongok depan tv, nak tengok ulangan My Kitchen Rules episod minggu lepas. dalam 6.30 baru masuk dapur untuk masak nasi n potong bawang. masa iklan je pun. plannya nak start masak pukul 7.hehe tapi dalam 6.4...