Wedding: Baju Bersanding & Potong Kek


Assalamualaikum.

Macam yang dijanjikan, kali ni aku nak share baju yang aku pakai semasa bersanding dan potong kek pulak. Untuk pakej pelamin yang aku ambik, memangla boleh dapat 3 pasang baju tapi bila fikir balik, macam malas je aku nak salin salin baju ni. So aku decide untuk ambik 2 pasang baju je, untuk bersanding dan lepas tu tukar baju untuk potong kek sahaja.

Masa aku mula mula sekali berkeunjung ke butik pengantin, mestila nak cari baju warna kegemaran aku, merah. Masa tu tak nampak dah kaler lain, ada merah je dalam kepala ni.hehe. Masa tu tak tanya pun tunang nak pakai warna apa untuk majlis bersanding. Tapi if aku tanya pun, rasanya mesti jawapannya ikut suka hati aku. So bila pergi butik pengantin pilihan aku, Mazni Bridal memangla banyak pilihan baju yang cantik cantik, tapi kebanyakannya macam over je. taste aku ni ke arah simple je, tak minatla banyak sangat hiasan manik manik dan gaya yang over ni. So pilih punya pilih, jumpala jugak sepasang yang hati aku agak berkenan.



Not bad la kan pilihan aku?hehe dah macam baju pengantin indon pun ada jugak ni.
Design macam dah okay je tapi yang aku malas tu nak kena pkai corset dan inner la pulak. Masa aku kawin tu tak adala sangat design moden kat Kelantan ni, kebanyakan tradisional kebaya macam ni je. huhu. So konfem dengan yang ni je.

Tapi nak dijadikan cerita, lebih kurang seminggu lebih sebelum tarikh aku nikah, aku pergila butik pengantin ni lagi. Tup tup ternampak sepasang baju yang lebih simple, dan tak perlu aku pakai inner dan korset dan sebagainya. Bila aku tanya masa tarikh aku nikah ni, memang baju ni tak ada orang yang pakai, so aku boleh ambik if aku nak. Tapi yang masalahnya masa tu baju yang matching untuk suami la pulak yang takde. Mulanya memang rasa frust dah. Nasib baikla 2,3 hari lepas tu, pembantu kedai tu call aku dan bagitau ada pasangan baju lelaki.  Aku pun terus ajak tunang pergi kedai untuk try baju tu, nasib baikla saiznya sedang sedang elok muat. Syukur alhamdulillah. Ada rezeki aku nak pakai baju yang kena denga taste aku.




Simple je baju aku yang ni if nak banding dengan baju yang lain.
Nak pakai pun senang, sekali sarung je.hehe
Hiasan manik pun tak sarat sangat cuma di leher, bawah baju dan di lengan je.
Baju pun takdela ketat sangat, agak longgar memang just nice je dengan badan aku. Lagipun masa ni kurus lagi, berat dalam 50, 51kg je kot.






Untuk tudung pulak, lepas je konfem dengan dress ni, aku terus bawak dress ni pergi kedai cari tudung. Masa tu memang aku mintak je nak bawak dress ni, kalau tak nanti silap beli kaler tak matching kan satu hal pulak.huhu

Memang nasib baik aku la agaknya, masuk je kedai pertama, terus jumpa dengan tudung yang aku nak, dengan warna yang matching. Tudung pun tak mahal, RM25 je kot kalau tak silap. Gabungan warna tone baju aku dengan ala ala kelabu sikit dan simple je tanpa batu. Puas hati. Mula tu rasala jugak nak cari tudung awning dekat Ariani, tapi dah last minit sangat, tu je yang sempat. Baju tu pun aku mintak pinjam kejap je sebab dia nak hantar dry cleaning. Masa tu kalau tak silap lagi 4 hari sebelum tarikh majlis kot.

Selain tudung, crown pun aku mintak nak yang simple jugak. Taknak jenis yang tinggi tinggi je, sangat aku nak masuk pertandingan ratu cantik pun.hehe. Nasib baikla ada yang aku memang berkenan. Pendek kata untuk persalinan persandingan aku, from head to toe memang semua yang aku nak dan aku berpuas hati, bukan yang main tangkap muat je :D

Untuk baju yang aku nak tukar masa potong kek pulak, pun aku nak simple jugak. Mulanya pilih dress ala gown, tapi semua macam seksi je. Takde yang ala muslimah lengan panjang dan menutup aurat.



Nak masuk tema merah punya pasal, ada ke aku sanggup pergi pilih gaun ni.wakaka
Gila kelakar kan? If ambik gaun ni, pakaila dengan jaket pendek. Takkan nak pakai macam ni je kot. Mampus aku kena perambat dengan tok bilal nanti hahaha

But don't worry, at the end bukan baju ni pun yang aku pilih pun. Thanks Allah. Kot tak aku malukan diri aku je dengan pakai baju ni. T______T




Simple dress ala jubah hitam putih.
Back to basic jelah kali ni. Hitam putih kan warna klasik.hehe
Dress dengan veil dari butik, tudung just recycle tudung nikah je.
Save bajet and done!


Okay, so tu jelah cerita pasal persalinan perkahwinan aku. Memangla simple je if nak bandingkan dengan orang lain. Tapi pada masa itu dan saat itu, semua nilah yang aku pilih untuk hari bahagia aku. Complete decision oleh aku sendiri tanpa campur tangan orang lain, dan aku tersangatla puas hati. 

Lepas ni nak sambung dengan entri barang hantaran pulak..babai  :)












Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM