ramadhan kelapan

assalamualaikum

hari kelapan jauh perjalanan  cari makan berbukak puasa.hehe
mula mula ke bazar telipot sebab teringin sangat nak makan akok jagung
aku beli rm2 akok jagung n pulut sekaya

pastu drive n gerak ke bazar kedai lalat pulak
jauh perjalanan tapi takpela sebab nak makan kuetiow dengan ayam madu
elok je sampai aku tengok bazar tu dah xde
tempat tu orang tengah buat projek pembinaan
rupanya bazar tu dah berpindah ke tepi jalan
dahla jalannya sempit
pulak tu jalan keluar masuk kenderaan siap dengan lori bas hapa semua
pelan pelan gerak akhirnya nampakla satu spot untuk aku parking

bila aku lintas jalan elok je rupanya dekat dengan gerai yang aku cari tu
masa tu kue tiow goreng dah habis pun
n pakcik tu baru nak setat masak yang baru
mula mula dua tiga orang je yang dok menuggu
bila dah nak masak kejap je dah ramai

kejap je pakcik tu masak sekuali kuetiow
yang aku ni pulak elok duk menunggu betol2 depan tu
bila dah nak siap kemain lagi pakcik tu dok kacau
habes terpercik kat blaus aku
dahla pakai blaus putih..hehe

akhirnya selepas turn aku di bagi kat beberapa orang barula aku bukak mulut mengorder
'dalam hati bebel dah kat anak pakcik tu
tak nampak ke aku yang terawal dok tercongok kat situ
buleh dia bagi kat orang lain
nasib baik aku tak puasa
sabar jelah.hehe

pastu aku pun mengukur la sepanjang jalan tu mencari ayam madu pulak
ingatkan dah takde
rupanya gerai dia dok hujung sekali
ada jugak rezeki aku nak makan
tapi ayam madu dia walaupun nak sama dengan bazar kat rumah aku tapi still rasa kureng sket
pedas tapi ntah macam ada rasa santan pulak


next time berbuka kat luar aku cari bazar tempat lain pulak... ;)
p/s ada gambar snap tapi malas nak letak.hehe



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM