bah dah datang lagi


assalamualaikum

pagi tadi otw ke tempat kerja hujan selebat lebatnya
bila kereta dah berderet atas jalan sampai kerja pun lambat la
dua tiga hari ni hujan dah mula balik
dah tak panas
kalau tak hujan pun mendung aje
walaupun berkereta payung kenala ada
kalau tak basah kuyup la jawabnya
sebab hujan memang tak bagi clue
tiba tiba je dia boleh turun.hehe
kerja tuhan semuanya

bila dah start hujan officiallynya nak start la musim banjir
rasanya semalam dengar berita memang dah ada tempat yang banjir pun
tahun ni aku kenala standby sebab rumah B antara kawasan yang naik air.hehe
kalau dalam bilik B memang la naik air
sampai kena pindah barang.huhu penatla nanti
buatnya tengah kat tempat kerja hujan lebat tak berhenti naik air habisla rosak barang

tahun ni merasa la aku suasana banjir naik air kat rumah B
sebab kalau area rumah aku memang tak pernah naik air
kalau tempat lain dok riuh dengan banjir gitu gini kena pindah duduk pusat pemulihan
kampung aku rileks je sebab memang tak pernah naik air
bersyukurla jugak sebab kalau banjir besar memangla banyak masalah
barang semua habis rosak
kehidupan pun terganggu
nak kena pindah randah

tapi apapun bagi aku musim banjir memang aku tunggu tunggu
sebabnya tak tahula kenapa aku rasa seronok kalau dapat drive dalam hujan
harung air atas jalan
lepas tu kalau nak tidur boleh dengar bunyi titisan air yang jatuh atas bumbung
lagi musim hujan ni jugakla dapat makan ikan darat ikan puyu ikan sepat ikan haruan yang ditahan pukat
seronok je rasa..hehe
hmmmm apa pun kepada yang terlibat
selamat menempuh musim banjir ya
jangan merungut jangan marah tuhan sebab turunkan hujan
dah lumrah hidup.hehe
daaaaaa




Comments