Saturday, July 21, 2012

cerita bazar ramadhan

assalamualaikum

kalau ramadhan, bazar ramadhan la yang selalu ditunggu tunggu
masa nilah banyak sangat tapak yang orang buat bazar ramadhan
semua orang nak berniaga
memangla bagus sebab nak cari duit kan
masalahnya bila berniaga semata mata nak cari untung
kualiti makanan tak jaga langsung

tak tahu masak pun nak meniaga
bukan tak pernah terkena makanan yang memang tak sedap langsung
kes lain pulak cepat basi
kalau beli lauk nak simpan sahur memang banyak yang cepat basi
lagi satu hal mahalnya ya ampun
makin lama harga makin melambung lambung

tapi tulah sebab fikirkan makan  berdua saja
tak berbaloi nak masak
cukup dengan beli saja
tapi kena pandai pilih la
yang sedap and yang murah
lagipun bukan semua peniaga yang tak ikhlas buat kerja
ramai lagi yang memang betul niat nak berniaga nak tambah pendapatan

sebab tu kalau pegi satu satu bazar aku memang dah ada favourite stall
so aku akan jarang sangat tukar tukar nak beli kat makcik pakcik yang mana
tak payah bazir masa nak pilih pilih
dahla dengan orang ramainya bersesak sesak
pergi beli beli je terus balik
kalau dok tawaf satu bazar pun menunya lebih kurang sama je.hehe

so, menu berbuka apa hari ni?
menu bersahur apa nanti?
fenin fenin..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...