ramadhan bakal datang lagi!



assalamualaikum


entri pembukaan untuk label Ramadhan 2012
dalam masa 10hari lagi  kita akan menyambut bulan ramadhan kan?
so puasa semua dah ganti ke?hehe
walaupun ramai yang selalu ganti puasa selepas puasa enam
tapi aku tahu mesti ramai jugak yang akan ganti puasa tahun lepas last minit sebelum puasa tahun ini
dikalangan mereka, sayalah salah seorangnya.hehe

sebulan terakhir sebelum ramadhan aku memang giat la mengganti puasa
seminggu tu biasa dua kali
kalau malas at least sekali
tapi memang la sekarang ni dah rapat ke minggu terakhir sebelum sambut puasa
nasib baikla ada geng jugak
takdela dok berlapar sorang sorang
aku still ada dua hari nak kena ganti
insyaallah khamis nanti dengan ahad depan
puasa jangkanya hari sabtu
sempat sangatla.hehe

sebenarnya memang tak elok last minit baru nak ganti puasa
buatnya umur tak panjang?
ada hutang puasala bila kita jumpa Tuhan
tapi biasala manusia selalu alpa
aku tak cakap orang lain
diri aku sendiri pun macam tu jugak

so untuk ramadhan kali ni aku bertekad untuk perbaiki supaya lebih baik dari tahun lepas
perbanyakkan baca alquran
perbanyakkan sedekah
manalah tahu ini ramadhan terakhir
tapi biasala kan kalau nak buat pahala
kuatla hasutan syaitannya.huhu
harapnya semua dipermudahkanlah..

selamat menyambut ramadhan ya semua...
p/s: saja nak wish awal awal..



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM