Tuesday, July 24, 2012

suami yang tidak cerewet!

assalamualaikum



beruntung ke kalau dapat suami yang makan tak cerewet?
bagi isteri yang pemalas, suka sangatla kan
akulah tu salah sorangnya.hehe

B antara yang boleh masuk kategori tak cerewet
tak kisah kalau masak apa pun
tak pernah nak pilih pilih
jarang sangat kalau nak dengar dia nak request nak makan itu ini

kalau hari biasa ada satu lauk dan budu pun dah ok
kadang buat nasi goreng n ayam goreng pun dah okay
kadang malas makan nasi isteri request nak masak megi saja
selalunya dia okay saja

lagipun B bukan masuk kategori kuat makan
kalau lunch dah makan nasi
malam jarang sangat dia nak makan nasi
so balik kerja tanya kalau taknak makan selamat la isteri dari memasak
cukup beli bungkus atau makan yang ringan ringan saja

dah masuk bulan puasa ni pun samala
tak pernah lagi dia beli lauk pauk yang banyak dan ekstravaganza
sederhana saja masa berbuka
isteri pun bila suami dh macam tu kenala ikutkan saja
padahal nafsu membeli di bazar ramadhan isteri boleh tahan jugak.hehe
bersahur pun sama
ada ikan masin, budu, daging or ayam goreng, sambal ikan bilis pun dah cukup
makan tak tengok dah lauk lain
save bajet betul.hehe

isteri pulak lauk tak banyak tak apa
yang penting ada lauk yang jadi kegemaran yang jadi pembuka selera
makan tiap hari pun tak jemu
tahun ni berpuasa isteri dah pandai kontrol kuantiti nasi and air
so bila dah lepas berbuka  takdela masalah 'sekok perut'.hehe
yang menyebabkan nak berlingkar macam ular sawa
moga berterusanlah ke akhir romadhon..amin






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...