konfem dah..syukur ya Allah



assalamualaikum


semalam terima khabar gembira
ahirnya konfem mak ayah dah diterima untuk jejakkan kaki ke Mekah Al Mukarammah dis year
walaupun ayah terpilih dan mak di status rayuannya
tapi menurut pegawai tabung haji insyaallah mak pun konfem dapat jugak

so hari ni lepas pergi serah surat penerimaan jawapan
mak ayah supposed kena pergi buat medical check up dengan uruskan hal pasport semua
aku macam susah hati pulak sebab tak boleh cuti untuk uruskan pasal ni
memangla ayah boleh drive and pergi sendiri dengan mak
tapi still rasa tak best

semalam pun sampai rumah 8 lebih
nasib baik suami tak bising
sebab lepas  balik kerja singgah rumah mak tolong isikan semua borang

walaupun abang pun ada jugak dekat dengan mak ayah
tapi  abang selalu sibuk
pergi kesana sini bawak anak murid dia main bola la hapala
hujung minggu pulak dia sibuk dengan study part time

kesian mak ayah
mak mesti risau itu ini takut ada masalah apa apa
maklumla dah bertahun mak dok menanti saat saat ni
aku rasa mak buat solat dhuha setiap pagi supaya dia ada rezeki ke mekah tahun ni
harapnya supaya semua dipermudahkan
tak sanggup nak tengok mak kecewa lagi

nampaknya tahun ni beraya haji tanpa mak ayah
oh sedihnya saya...huhuhu


sape kat sini eskrim lovers? click here to win something from Magnum :)




Comments

  1. semoga dapat la hendaknya ye..amin

    sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D