seminggu berhari raya

assalamualaikum

entri seminggu berhari raya
malas nak buat day by day
busy katakan.hehe

hari kedua beraya
dah janji dengan kawan setadika nak pergi raya bersama sama
sebenarnya raya kedua tu memang dah tak larat nak kemana mana
sebabnya badan letih
tak makan sampaila diserang gastrik
tapi gagahkan diri jugak
sebab fikir dah janji
dalam pada letih
gagah jugak drive beraya sampaila ke machang
pagi pagi sebelum gerak memang dah pekena nasi berlauk
terpaksa makan sebab macam dah nak kebuluran
nasib baik raya kedua dah ada yang bukak kedai
masa makan tu pun tangan sampai dah menggigil gigil
balik beraya petang ikut suami  beraya rumah saudara mara dia pulak
makan memang tak selera
so jamah sikit sikit saja
syawal ke-3
  
hari ketiga dari pagi sampai ke petang memang melepek tidur sahaja
tak larat sungguh sungguh
request dengan suami nak makan tomyam
masa otw nak pergi hospital tengok ayah
tengok kedai kaki bukit tak bukak pun lagi
so suami bawak pergi makan pizza hut
satu slice pun tak habis
tengok muka memang serabai saja
takde mood nak berhias
bedak pun tak pakai.hihi
bila sampai wad dah ceriala sikit
ayah sakit, aku pun tak berapa sihat
anak kesayangan ayahla katakan.hehehe
ayah pun masud wad sebab tak selera makan jugak
nasib baik kena tahan 3malam sahaja
syawal ke-4
berhari raya makan jem di rantau panjang
menyesal sungguh aku ikut
perjalanan dari rumah biasa sejam melarat sampai 4jam
ni first time musim raya aku ke rantau panjang
dah semua nak pergi takkan aku nak tercongok sorang di rumah.huhu
bila sampai dengan penat dengan laparnya semua
memang badmood je rasa masa ni
rasa nak baring kat atas meja makan tu je.huhu
terus order tomyam, telur dadar, teh o ais limau
kedai wak dalam pasar rantau panjang
nasib baik sume best
teh o ais limau dia memang terbaik.hehe
dah kenyang baru cari bilik air dengan solat zohor
bukan nak beli apa pun kat sini
tapi tersangkut jugak beli bagpack ni
senang nak pakai bila pegi keje naik motor dengan suami
balik  dari rp dah lewat
singgah asar dengan maghrib
later terus ke tok bali pulak
nak suruh abang belanja makan kat raja ikan bakar
sampai sana dalam 9pm
lauk pun dah nak habis
ikan aji aji je yang ada
dengan sotong, udang memang dah out
penat dengan letih and sakit kepala
masa ni dah telan activfast
lepas tu suruh B belikan minyak cak kapak jugak
nak menunggu makan pun lebih setengah jam
dengan perutnya yang memang lapar sangat
aku macam nak hilang sabar saja
sebab servis macam lembab sangat
lauk dah masak dah sampai meja
masa tulah baru nak terhegeh hegeh nak sendukkan nasi satu satu
time  free dok main hf
macam ngok je perangai
nak main hf jangan meniaga duk lepak rumah je senang
sampai rumah terus mandi, smayang isyak lepas tu out.hehe
syawal ke-5
mak masak nasi kerabu
siap dengan tumis, keropok, telur masin
complete set of handmade nasi kerabu
sedap nyam nyam
menjelang petang
makan kenduri anak saudara belah suami di pasir tumboh
lamanya menunggu orang tak sampai sampai
dahla panas, hate it!!
B sampai je terus ambik makan
aku kebetulan ternampak kawan lama masa kat naim
pegila sembang dulu
masa nak ambik makan
budak kat belakang pergi curahkan kuah gulai kat lengan baju aku
sangatla bagus
aku terus soundla "dah lapar sangat ke? tak reti nak sabar?"
takdela tengking pun, merungut saja sambil bagi jelingan maut
menyampah!  terus hilang mood
tak boleh tahan sungguh orang takde mannners ni
walau takde mood still nak bergambar dengan pengantin.hihi
jumaat sabtu esoknya dah kena mengajar tuisyen
tu sajalah ringkasan seminggu bercuti syawal tahun ni
semoga diberi peluang untuk bertemu ramadhan dengan syawal tahun depan
ameen :)

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM