aktiviti bersama suami



assalamualaikum

disebabkan suami seorang yang selalu sebuk(kononnya..hehe)
siang hari bekerja, malam meniaga
so kalau ada apa aktiviti yang aku boleh join sekali
aku mesti akan join
walaupun tak minat aku akan tetap ikut bontot suami.hehe

suka sangatla kalau suami ajak
maklumla kekurangan kasih sayang
tambahan anak pun tak ada lagi
so dengan suami sahaja nak mencurahkan kasih sayang yang banyak ni.muahaha

so last 2 weeks jabatan tempat suami kerja ada masuk pertandingan bowling anjuran angkasa
so untuk ofis dia suami antara 6 yang terpilih

so malamnya lepas suami bukak kedai kami bergegas la ke kbmall pacific bowl



suami bukan terer sangat pun main
tapi dalam teamnya 3 orang dia 2nd place
okla tu kot
strike pun tak sampai 10x.huhu





walaupun main 3 set saja
tapi menjelang 1130 baru gerak balik
isteri walau dah mengantuk tak hingat sabar sajalah
sape suruh ikut.hehe



3 hari lepas tu on wednesday
suami cakap nak pergi main futsal dengan kawan seofis pulak
so isteri request la nak ikut jugak




main kat dewan belia lundang saja
boring sungguh
sebab saya tak minat langsung game macam ni
nasib baik sekejap saja
kalau merengek ajak balik lain kali mesti suami dah taknak bawak.hehe


walau isteri sekadar peneman
tapi hepila sebab boleh luang masa dengan suami
kalau tak busy memanjang
balik kerja jumpa kejap suami dah keluar balik 
suami balik isteri pulak dah tidur huhu
anak pulak takde lagi
kalau tak takdelah bosan sangat ;)







Comments

  1. seronok kan kalau boleh luangkan masa bersama dengan partner masing2?

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D