Thursday, October 18, 2012

laukana bainana




assalamualaikum


dah lama tak post lagu atau video kat sini
laukana bainana al Habib
first time terdengar di tv alHijrah
aku terus jatuh hati
berulang kali dengar tak rasa bosan lagi
biarla aku tertinggal kapal pun
nampak sangat tak pernah tengok tv alHijrah.hehe
apapun better late than never.. kan kan kan?

rasa tenang dan damai jiwa
elok buat santapan telinga masa dok membaca
masa tengah driving, barula kurang sikit nak temper di jalanan.hehe

antara version di youtube
with malay lyrics




LAUKANA BAINANA AL HABIB

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


i love u, Rasulullah!!!








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...