Thursday, November 22, 2012

nasi goreng mak si muis



assalamualaikum


nasi goreng makanan kesukaan semalaya kan?
sape cakap tak suka nasi goreng memang tipu.hehe
hari ni nak share resepi nasi goreng paling best dari mak

NASI GORENG IKAN REBUS
bahan bahan
1) nasi sejuk semalam punya - kalau takde ko pi basuh beras sekarang and tanak nasi pastu boleh goreng.
aku biasa je buat gitu.hehe
2) ikan rebus-biasa ikan selayang la selalu yang direbus kat rumah
3) bawang merah-tumbuk
4) serai-tumbuk
5) budu

tu jelah kot bahannya

cara nak buatnya pulak:

tumbuk bawang dengan serai
kalau suka pedas boleh masuk lada
tapi mak memang tak pernah letak lada
panaskan minyak
tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau, jangan sampai terhangit pulak
masuk la nasi dengan ikan rebus yang dibuang tulang dan dicarik diramas isinya sesuka hati
kalau nak boleh tambah sayur dengan lauk basah lain
tapi mak buat biasa memang dia tak letak
kalau dia letak pun kadang kubis yang dia cincang halus
memang tak ada feel sayur

bila dah hampir masak letak sedikit budu kelantan
sikit saja, kalau tak suka masin baik jangan tambah lagi garam
sebab ikan rebus tu kadang dah agak masin
kang tak pepasal darah tinggi.hehe

lepas tu kengkadang mak letak sedikit kunyit so nasi tu akan jadi kekuning kuningan
ikut mood dia jugak
kalau mak malas dia tak letak pun
dah siap hidang panas panas
kalau dah sejuk pun sedap jugak
nak tambah sedap lagi makan dengan ikan rebus yang digoreng garing
tak pun dengan daging goreng ke

nasi goreng mak memang sedap
tak tahula apa kaedahnya tapi kalau aku buat mesti tak dapat rasa sama macam mak buat
kengkadang taktik aku bila nak suruh dia buat,
aku puji jelah tahap melampau
kalau mood mak elok tak marah aku balik and cakap aku ni pemalas,
konfem dia akan buatkan.muahahaha
apapun, walau masakan simple masakan mak memang terbaik dari ladang.huhuhu

mintak maaf, ni resepi tak bergambar
sebab tetiba terasa nak makan nasi goreng tu pasal tulis entri ni.hehe
sesape penggemar nasi goreng bolehlah mencuba
konfem akan rasa lain dari yang biasa makan kat kedai ;)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...