musim hujan: like vs dun like

assalamualaikum

dah masuk ke minggu baru
hujan pun masih berterusan lagi siang malam
malam tadi hujan memang non stop
aku pkai baju sekali dengan sweater 3 lapis
selimut 2 lapis, memang over
sebabnya aku suka sejuk tapi tak tahan sejuk.hehe

hari ni nak story apa yang aku suka and tak suka bila musim hujan

suka:
1. bunyi hujan yang terkena bumbung. makin lebat makin kuat bunyi makin best. walaupun bising tapi konfem lena tidur. biasanya lepas tutup mata and baca doa tidur semua, aku akan menghayati dulu bunyian hujan tu. suka sangat sangat

2. suka sebab cuaca sejuk and boleh bermalasan depan tv dalam selimut. oh heaven sangat sangat. walaupun aku bukan kaki tidur tapi kalau musim hujan biasanya kerapla sikit aku terlelap.hehe
tambah tambah kalau lepak berdua dengan hubby pulak tanpa gangguan orang lain kat rumah. oh seolah dunia ini aku yang punya!LOL

3. suka sebab boleh makan ikan 'darat' yang fresh ditangkap dari sawah. ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu. ikan puyu tu kalau goreng garing garing makan dengan budu perah asam limau dengan nasi panas panas. ikan haruan tu pulak biasa mak akan buat gulai kuning campur putik pisang benggala. makan pulak dalam hujan turun mencurah memangla feel musim banjir.hehe

4. suka sebab bila bawak kereta boleh meredah air banjir, tapi setakat yang kereta boleh redahla. best sungguh perasaan masa tu boleh drive slow slow masuk dalam air, tapi bila termasuk lubang hilangla bestnya, ahakss. sekarang ni jalan nak balik rumah hubby memang dah penuh air, so rajinla aku nak ulang alik tiap tiap hari. bukan setakat budak dengan motor je suka, kita yang berkereta ni pun tumpang syok sekali

dun like
1. yang paling tak suka pulak sebab basahla. aku ni kepala dahla sensitif, pantang terkena hujan mulala nak berdenyut nyut nyut. basan badan takpe lagi. tapi dah kepala kat atas kan, mestila kena kepala dulu.hehe

2. tak suka sebab kena pakai payung. leceh sangat kalau nak kena singgah banyak tempat. kena pulak dengan kurung atau dress, dengan nak bawak beg lagi, nak kena tutup bukak payung. nak boleh bukak payung dah basah dulu.

3. tak suka sebab baju susah kering. masa ni nak basuh baju pun malas. rumah mentua dahla tak banyak tempat berbumbung nak jemur baju, pastu nak mesin baju kena meredah air bertakung kat dapur. habis basah sampai ke dalam bilik..nak pijak situ sini semua basah. orang kelate kata 'se'ee'

hmm tu sajala kot
tapi kalau nampak banyak yang aku suka dari tak suka
baik sejuk la kot dari panas.hehe
apapun kena bersyukur, jangan merungut
tak baik tauuuuu   ;)





Comments