dating di KB mall


assalamualaikum

isnin lepas suami tetiba je ajak dating kat KB mall
sehari sebelum tu dia janji nak g shopping
tak sangka la cepat sangat pulak
ingat nak pegi weekend
aku on jelah
kebetulan sandal harian dah terkopek tapak
toner dengan foundation pun dah habis
plan nak cuci rambut jugak

so kite pun terusla kol pn boss
cakap kat dia nak keluar jap tengahari tu
walaupun cuti sekolah tapi tadika still buka
tapi students tak sampai 20 orang pun so bos okay sajolah

pukul 12 terus gerak ke sana
suami pulak keluar lambat nak kena mengadap bos dia dulu
so suami cakap pergila cuci rambut dulu
dalam setengah jam lepas tu elok je nak siap baru suami sampai

sebenarnya suami kalau bukan sebab nak cari barang dia
takdenya nak ajak keluar tetiba macam ni.hehe
aku tahu sangat dah
pegi survey ps3 padahal aritu dah beli ps2 untuk anak
katanya nak start hobby baru dengan main ps3 la pulak
pastu peningla dok ikut dia pegi pusing kedai hf
kejap nak yang tu kejap nak yang ni
ikut jelah asal dapat apa yang kita nak.hehe




dalam pukul 2 suami dah nak gerak balik ofis
nak lunch pun tak sempat
so dia bagi duit aku sambungla shopping cari kasut
masuk vincci ingat nak cari flat je untuk pakai pegi kerja
tapi terjebak pulak dengan wedges lagi
kali ni ambik yang sarung depan je
senang nak sarung senang nak bukak
wedges tahun lepas pun pakai tak luak luak lagi
biasala orang pompuan.hehe
then terjebak jugak beli blaus tribal selai
kalau perasan wedges tu pun corak ala tribal jugak..
habisla semua benda nak di tribal kan...huhu









Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM