Friday, June 28, 2013

tahniah! anda LULUS..


assalamualaikum







alhamdulillah akhirnya aku lulus jugak exam penolong juruaudit yang aku attend bulan lepas
tahunya dah lama tapi baru nak update.hihi
ni pun suami yang tolong tengokkan then dia mesej cakap aku lulus
esoknya baru aku check dan tengok sendiri

suami cakap okayla tu aku lulus sebab kawan sepejabat dia pembantu akauntan pun ada yang tak lulus
aku cakap la kat suami exam hari tu senangla dari exam kpli lagi susah
tapi suami cakap kawan ofis dia cakap susah
apapun rezeki masing masing

hari ni check web spa tak ada lagi tarikh interviewnya bila
tapi aku dah start print la info semua berkaitan audit
boleh start baca sikit sikit
mana yang tak faham boleh tanya suami
walaupun suami dengan jabatan akauntan negara tapi lebih kurang saja kot
exam hari tu pun ada yang soalan pasal akaun jugak

aku macam biasala kalau nak interview mesti dalam dilema
selalunya sebab takut menghampakan mak dengan suami la
selalunya diorang yang lebih letak harapan tinggi berbanding aku
tapi kali ni aku rasa aku kena berubah kot

in sha allah untuk temuduga kali ni aku akan pastikan aku well prepared
kalau bab konfiden memang aku konfiden sokmo
bab nak ready terima keputusan pun aku okay sokmo
tapi bab tak dapat aku takdela frust sangat
takut orang lain yang lebih frust.hehehe

aku suka suami..
selalu berfikiran positif

aku: sayang tak konfiden pun nak dapat, ramai yang lebih layak...
suami: manala tahu kita takde anak lagi sebab tuhan nak bagi rezeki kerja kat sayang dulu...

aku je yang selalu berfikiran negatif
suka fikir yang bukan bukan.huhu





2 comments:

Dkna Abza said...

tahniah..pasni ada interview lak kan?

wawa syaida said...

tahniahhhhhh! do da best yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...