Saturday, September 28, 2013

solat hajat ular masuk di hari malaysia


assalamualaikum


cerita basi tapi nak cerita jugak.hehe
ceritanya masa hari malaysia 16september ritu mak mentua aku buat solat hajat
buat solat hajat tu biasa jelah kan?
tapi yang nyatanya mak mentua aku buat solat hajat sebab awal bulan hari tu ada ular tedung masuk rumah

aku takde cerita dalam blog pun, just share status di fesbuk je
ceritanya macam ni
kejadiannya awal bulan ritu, bilik aku sebelah dapur
so dalam pukul 8 malam aku nak masuk dapur masak
masa tu suami kat atas rumah kakak dia

then bila aku bukak je pintu bilik nak masuk dapur aku tengok adala seekor anak ular tedung kat tengah tengah dapur
bila  dia nampak aku, terus kepala dia mengembang pastu dia macam bergerak la sikit ke depan macam nak datang patukkk aku
aku pun apalagi terus melompat masuk bilik hempas pintu pastu lari ke luar guna bilik sebelah
nasib baik ada pintu bersambung, kot tak matila aku dok bertempik panggil suami aku dalam bilik tu.huhu

actually ularnya takdela besar sebab bukan mak atau bapak ular tedung tapi anak je
tapiiii anak pun anak ular yang dah besarla sebab badannya separuh lengan aku
bila dia mengembang kepalanya memang besar dari senduk sederhana kat dapur
dah namanya ular tedung kan? konfemla kecik besar memang boleh datang maut kot if kena patuk.huhu

then setel la bab ular semua then mentua aku cakapla nak buat semayang hajat
bila hari malaysia tu dah konfem nak buat solat hajat aku tanyala kenapa
mak mentua aku cakap sebab ular masuk hari tulah
saja buat solat hajat mintak dijauhkan benda benda yang tak elok la

yang menjadi isunya, bila orang tanya kenapa buat solat hajat aku cakapla sebab ular masuk rumah ritu
masa aku kol abang  cakap kat dia suh datang bawak mak ayah, dia tanyala kenapa
aku cakapla macam mentua aku cakap, sebab ular masuk rumah
dia ketawa! then bininya pulak cakap nasib baik aku tak dipatuk.so syukurrr!

yang kakak aku pulak cakap nasib baik aku melangkag masuk dapur tak tengok tab
biasa aku dok kehulu ke hilir dengan tab dok on9 je
buatnya melangkah dekat dengan ular memang konfemla kena patuk.huhu syukur sesangat
then, lagi satu sebab rumah mentua aku ni ada 4 ekor bapak/ibu kucing
so masa kejadian tu memang ular tu dok statik sebab ada kucing yang tengah dok ushar dia
kalau tak konfem ular tu dah merayap ke mana mana masuk ke dalam bilik aku ke

nauzubillah..dahla malam tu ada bola kelantan lawan apa ntah
suami pulak keluar tengok bola kat luar
sampai ke sudah aku tak tido sebab tunggu suami balik
tak rela aku nak tutup lampu dan tidur dalam dok terbayang ular tu
ni pun dok menaip tegak je bulu roma aku.huhu



tayang gambar lauk pauk masa solat hajat ritu
ayam goreng pedas, gulai daging dengan putik kelapa, ikan kering, solok lada, teresek, acar timun/karot, sambal belacan, tembikai
cantik kan lauk susun macam ni? 
kat rumah aku pun selalu buat macam ni.hehe

till then, daaaaa ;)






1 comment:

nik ros said...

bab ular ni takut skit.walaupun anak ular je pun..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...