Thursday, October 24, 2013

cikgu tadika dan hikmah dan redhoooo



assalamualaikum

untuk sape sape yang tak tahu aku ni kerja cikgu tadika je
memangla cikgu tapi gaji tak sebanyak cikgu kerajaan.hehe
tapi setakat ni okayla alhamdulillah aku syukurla dengan rezeki aku
tapi ada sorang yang selalu komplen pasal kerja aku ni
nak tahu sape?hehehe

jawapannya adalah mak aku...pn sa'ibah omar
sejak dah hampir 2 tahun aku jadi cikgu tadika mak selalu komplen

"pah sapa bilo nok kijo tadika tu"
"gaji berapo seng jah?"
"tadika gapo dio nya banyok sangak kijo tok habih habih.."

itu antara dialog dialog mak aku selalu keluarkan
dalam bahasa halusnya mak pandang rendahla kot
sebab kakak, abang aku semua kerja best best gaji besar besar tak layak dpt BRIM wakaka

tapi aku malas nak kecik  hati dengan mak
aku penat nak kecik hati dengan mak

selalu aku balas,
"syukurla, ada kerja..ramai lagi orang lain tak ada kerja
cukup makan pakai walau tak mewah okayla tu.."

agaknya mak tak puas hati kot aku putus dengan ex-pakwe kerja engineer pastu kawin dengan hubby aku sekarang ni
yelah dah si expakwe siap datang rumah cakap kat mak dia dah tak boleh jaga aku
tak pepasal aku yang di anak tirikan mak aku.huhu
siap cakap hmm dulu kalau kawin dengan P*** boleh naik kete besar...
dahla aku ni rezeki susah..
mak aku cakap ye, bukan aku yang cakap

huhuhu...kete besar boleh bawak masuk kubur ke?
dunia semua tu..dunia...

tapi bulan lepas kalau tak salah aku masa aku balik tetiba mak cakap dia tengok dalam rancangan agama apa ntah
ustaz cakap yang kerja cikgu tadika ni yang lebih patut dihargai
sebabnya bermula dengan cikgu tadika la setiap budak boleh pandai mengenal huruf, abc, pandai membaca, mengira, bergaul...

yess, aku setuju sangat sangat
sejak dari hari tu mak dah tak komplen pasal kerja aku
agaknya dia dah rasa bangga la kot dengan aku ni
dah redho la kottt

apapun, setiap yang terjadi ada hikmah, aku percaya tu
tuhan tak bagi aku anak lagi, tapi setiap hari aku tak sunyi dengan budak budak
tuhan tetapkan rezeki aku cuma sebagai cikgu tadika, tapi aku boleh tetap dekat dengan mak ayah
kalau kerja lain agaknya tak duduk aku di kelantan ni
kalau berjodoh dengan expakwe dulu tak boleh jenguk mak ayah aku paling kurang seminggu sekali

setiap yang berlaku tu ada hikmah, percayala, redholah....
sekian..


*kepala otak tengah serabut banyak kerja tak siap lagi,  aku sempat  pulak update blog, nice sesangat..
huhuhu ahkak stressssss :(






1 comment:

Jee Abdullah said...

muis, betul tu. cikgu tadika adalah pekerjaan paling mulia. Kalau bkn dek cikgu tadika takkan kenal ABC. asalkan muis happy dgn kerja skrg evrythng will b ok. kerja besar, gaji besar kalau hari2 stress buat pe. stay happy always k!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...