Thursday, October 10, 2013

dasar pentamak

assalamualaikum

alahai rasa macam dah lama pulak tak update blog
rasa macam biziiiii jer
kadang kadang satu hari tu nak buka blog just nak baca entri pun tak sempat.huhu

banyak je benda nak di bebelkan kat sini
tapi tulah bila rasa letih, nak menaip pun malas
hari ni tetiba datang mood so on sajalah

entri tak berfaedah pun ni.hehe
nak cerita pasal ser cadar baru..boleh? ;p
hujung bulan lepas lepas je gaji memang dah janji dengan adik nak ke tesco
dah namanya hujung bulan lepas gaji  macam biasalah tesco asik up sale je
jalan punya jalan ternampak la sale set cadar
bermacam macam jenis..yang plain yang bercorak
overall harga rm50 ke bawah je

aku ni memangla penggemar set cadar
if lebih seminggu tak bertukar cadar rasa tak best je nak tidur
kadang tengah tengah minggu tak sampai seminggu pun aku tukar cadar, ikut mood.hehe
so aku pun apalagi sakanla memilih
yang plain tu ada jenis yang cotton satin la kot
lembut and agak licin kainnya
warna pun cantik cantik striking tapi aku ni kureng sikit dengan corak plain

dekat yang cadar bercorak pun cantik cantik jugak coraknya
pilih punya pilih, usap punya usap terjumpala set cadar yang benang dia 350threads, sateen collection
bila sentuh je memang rasa lembuttttttttttt
tapi banyaknya tinggal yang single je
yang king dengan queen dah banyak orang rembat la kot
nasib baikla cari punya cari adala rezeki aku terjumpa satu size queen
bila scan harga rm29.90 je
yang 300threads kain macam kasar sikit rm26.90
so rembat yang 350 threads

balik je rumah terus gantikan cadar
bila dah siap pasang terus ajak suami masuk bilik
masuk test cadar je.hihihi
konfem memang best sangat kualiti kainnya
kebetulan pulak malam tu hujan, makin sejukla rasa kainnya

malam tu setan ketamakan aku apalagi terus merasuk dirila
tak lena tidur aku dok fikir ruginya, ruginya grab 1 set je
kebetulan pulak esoknya ayah ajak nak pergi klinik kat pasir mas
so aku terus plan nak singgah tesco pastu nak rembat lagi satu set

sampai je tesco aku terus menonong ke tempat cadar
pilih punya pilih ada 3 set je lagi yyang tinggal
satu set corak kartun, satu set warna kelabu corak tak cantik pastu satu set yang aku terus rembat warna biru muda
disebabkan gambar covernya tak sama aku mulala buat perangai tak semenggah aku
tarik keluar sarung bantal sebab nak tengok close up corak
nasib baikla coraknya aku berkenan, tu pun selepas aku berjaya merembat dulu dari sorang makcik tu

agaknya bila dia nampak aku eksaited dok pilih cadar terus dia datang tanya aku
nak tak nak dia pun rembatla warna kelabu
selepas aku dengan bergayanya meyakinkan makcik tu yang cadar ni kain best pastu murah.hehehe
nasibla ko makcik dapat warna tak menarik.kihkihkih
dah puas hati aku dapat memenuhi kehendak aku ni barulah aku ajak mak ayah sambung menyopping barang dapur.

tapi set yang kedua aku beli ni aku tak bagitahu suami
kalau tak nampak sangat kegelojohan aku
kalau suami aku nampak lepas tu pun biasanya dia buat buat tak tahu je
lagipun duit aku, aku punya sukala nak beli apa kan?hehehe





dua dua set warna ala ala biru tapi tak kisahla yang penting material best
yang biru laut tu disebabkan gambar depan cover plastik tak sama, aku dengan sengalnya bukak plastik pastu tarik keluar sarung bantal.hihihi
then sumbat masuk balik
nasib baik takde pekerja tesco datang sound aku :p




selain dari shopping barang dapur, aku belikanla jugak kemeja dengan stokin kerja untuk suami
set baju tidur upin ipin untuk anak
okayla tu kan, takdela suami cakap aku ni memborong barang aku je
tapi tak suka betul kalau nak beli barang untuk orang lain
penat nak pilih pastu dok fikir berkenan ke tak berkenan ke tak..
yang baju anak pulak memangla saiz xl tapi bila balik rumah sedang sedang elok saja
dahla budak lelaki ni cepat membesar
pakai kejap je then dah tak muat.huhu


ok sampai jumpa lagi ye daaaaaa ;)

1 comment:

nik ros said...

nik pun jarang ada masa untuk blog.sempat curi masa update blog jea.blogwalking lak kalau time weekend.tu pun kalau sempat.tu lambat skit balas komen :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...