tok aman bali beach resort D3: breakfast n mandi bersama suami




assalamualaikum


tajuk tak boleh belah, mandi bersama suami gitu ;p
konfem pasni banyak masuk link ke blog aku hahahaha
tapi sebelum tu share gambar masa breakfast dulu




meehoon goreng with sausages





nasi lemak buah bidara





sama macam pagi semalam cuma ada tambahan hashbrown






pulut kepal dengan ikan masin
selain tu ada jugak mee soup, salad dengan desert yang aku malas nak snap,hehe





breakfast aku macam biasala bubur nasi
nasi ambik 2 senduk je
bumbunya kena melimpah.hehe
nasi lemak tu aku bagi suami je makan
bubur pun dah 2 makan memang kenyang nak pecah perut
end up with 3,4 hiris buah okayla tu



kebetulan bangun pagi tido air takde
adala dibagi 2 botol kecil mineral dorang letak depan pintu
so just basuh muka n gosok gigi je.hehe
balik breakfast dah plan nak mandi dalam kolam
kali ni suami pun join sekali
aku pakai balik baju untuk mandi yang lembab semalam punya





gaya si penakut air
memang aku ni masuk dalam kolam dah macam orang bodoh pun ada
dok terpacak dalam air
kalau bergerak pun berjalan macam robot
lepas tu ntah macamana dalam aku dok diam dalam air tetiba je rasa macam nak terjatuh terhuyung hayang
memang aku menjerit tak hingatla
memang kalau orang tengok pun mesti pelik dengan aku ni
bila aku dah berjaya imbang badan tu memang jantung pun siap berdegup laju lagi
alahaiiii memang memalukan diri je aku ni
nak selam kepala lagila aku tak berani
macamana la budak budak kecik kecik dah pandai menyelam berenang semua tu
anak sedara suami yang pompuan tu siap terjun buat kuak lentang lagi






masa yang ni berpaut kat belakang suami lepas tu dia nak menyelam masuk air
apalagi aku terusla menjerit sekuat kuat hati
dah tau bini penakut air saje je
habis bebudak semua gelak kat aku ni.huhu







aku je dok posing dengan laki tepi kolam
dia bukan suka ambik gambar sangat tapi layan jelah bini ni, sekali sekal
masa masuk kolam cleaner pun belum siap bersihkan lagi.hihi


aku ni memang la dasar penjeles
masa dok main kolam tu adala sorang budak pompuan
anak kepada akak ofismate hubby
dalam darjah 3,4 la kot
ada ke dok panjat naik belakang suami kite masa dalam kolam suruh berenang bawak dia
aku tengok berbulu je rasa
nasib baik aku berusaha menyabar kan diri aku
tapi perasaan jeles tu aku simpan jelah
kalau cakap kat suami mau aku kena sembur dengan dia.hahaha









view yang aku snap dari bilik
kalau pergi time bukan musim panas seronokla..
nak jalan jalan nak mandi kolam semua
lenkali boleh datang dengan geng tadika pulak kat sini
boleh berjimba sepuas hati.hehe


akhirnya habis jugak entri aku kali ni
kalau macam tahun lepas aku update separuh jalan je
tahun ni sebab tempat best so rajinla sikit nak update
till then, babaiiiiii






Comments

  1. best nye...paling best tu tengok makanan...semua nampak sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D