Thursday, December 12, 2013

kota bharu - shah alam day 1



assalamualaikum


ahad lepas aku kena attend kursus little caliphs di shah alam
dari ahad sampai selasa
so pagi ahad siap siap sebab flight pkl 950
tapi aku kenala pegi awal sebab suami nak masuk ofis pulak
then bila elok je dah siap pakai tudung semua dapat msj/email from air asia flight delay pulak
okayla tu takdela kena bergegas sangat
sempatla singgah breakfast dengan suami dulu

disebabkan dah buat web check in so kami terus masuk balai berlepas jelah
dalam setengah jam je suami tunggu lepak lepak baca paper then aku suruh dia balik pejabat.hehe
tapi sebelum masuk balai berlepas sempatla aku merehatkan diri sekejap



kerusi urut kegemaran aku
pantang jumpa if tak rushing mesti aku lepak sat kat sini
kat rumah asik kena urut suami je
diri sendiri biar jelah kerusi yang urutkan.huhuhu






flight asalnya pukul 955am
then delay ke 1050 am
takpela delay sejam je
sambil melepak pot pet pot pet dengan kawan lain kejap je sejam tu
tup tup delay lagi ke pukul 1125am pulak dah
hmm apa nak buek terima jelah






sebelum tu nak  buat pengakuan ni first time yer aku  naik flight
maklumla sebelum ni masa  belajar pun dekat sekangkang kera je
lepas habis belajar kerja kat kampung je
sekala sekala pi rumah abang kakak kat kl naik bas je
kira nilah first time aku nak merasa naik flight
tapi konfem tak jakun.hehehe


suami dalam kereta masa otw nak g airport bengang je
sebabnya dia cakapla masa plane langgar awan macam bergegar gegar je 
so macam takutla
tapi aku ni dasar kental sikit pun tak gabra rileks je
so bila aku dok main mainkan dia cakap tak takut punnn, bengkekla dia.hehehe

tapi memang sikit pun aku tak rasa berdebar 
sebab aku tak fobia dengan ketinggian
cuba selam aku dalam air, bawak masuk aku dalam air barula aku menjerit jerit macam orang tak betul.hehe
cuma bila naik tinggi telinga berdesing pastu belakang tengkuk aku rasa sakit sangat sangat
aku tanya cikji dia cakap tak sakit just telinga je
aku rasa sakit belakang tengkuk macam ada hantu yang duduk picit belakang tengkuk aku ni
bila dah turun baru okay, so konfem sakit tu sebab tekanan masa kat atas 




cikji cakap dia tak pernah lagi masuk tandas dalam plane
so takpe aku tolong masuk and snap gambar.hehehe
tandas kecik, cermin kemain gedabak



sampai LCCT dalam 1230pm lebih kurang memang lapar dah tak hingat
ingat nak alas perut dengan mcD dulu tapi kebetulan tengahari semua meja full
masukla Taste Of Asia
ramai jugak umat yang tengah beratur tapi still ada meja kosongla so aku dengan lagi sorang kawan beratur order makanan, yang lain order air dengan booked meja sambil jaga bag kami yang ditolak dengan troli
lega senafas kat dah situ
lapar tak hingat snap gambar pun lupa.hehe





aku just ambik nasi ayam dengan air blackcurrant
yang kelakarnya 2,3 orang depan aku order nasi ayam jugak pekerja kat situ tak bagi sup
aku pun nampak dorang terus bawak je tray ke meja
terus terfikir takkan la orang kl makan nasi ayam tanpa sup?kihkihkih
padahal mangkuk kecil takde, so bila turn aku aku mintakla sup dia bagi je tapi dalam mangkuk besar untuk 2 plate nasi ayam
then masa aku nak beredar dari situ  datangla adik jambu ala ala pencandat sotong tanya mamat di kaunter
'hmmm, saya nak mintakk sup untuk nasi ayam boleh keeeee?"
(sila baca dengan nada adik jambu yer.hihihi)
bolehhhhh..aku balas dalam hati.hihi





bila dah kenyang lepak jap terus naik skypark bas ke KL sentral la pulak
layan movie jap pastu aku terlelap
yang kelakarnya cikji cakap aku sempat lagi tu berdengkur.wakaka
malu kite tau nasib baik cikji cakap aku berdengkur ala ala manja gitu

suami pun selalu cakap aku tidur berdengkur
sebab selalu penat pastu ada masalah dengan hidung n tekak kot
hidung selalu tersumbat, macam ada resdung la jugak
so selalunya part hidung dan tekak ni memang tak selesa





turun skypark bas naikla pulak tren dari kl sentral nak ke stesen shah alam
dahla berdiri sepanjang lebih 10 stesen kot
kebetulan pulak hari ni la jugak beg laptop yang aku sandang kat depan ni zipnya rosak
elok je sampai kat airport pagi tadi
terpaksala kehulu kehilir dengan beg yang ternganga macam ni.huhu
dahla perangai aku ni selalu misplaced barang
memang asik kena check la tab dengan purse takut tertinggal terhilang ke apa


trip kursus little  caliphs aku tahun ni memangla sangat mencabar
kalau tahun pertama pergi kursus kami naik bas je
sampai stesen dah ada yang tunggu pastu hantar ke guest house 
tapi tahun ni punya perjalanan memang menguji ketahanan mental sungguh
tahu nape aku cakap macam tu? disebabkan ada jalan dekat tapi kami pilih jalan jauh
paginya sebelum naik flight mananger tadika kol pastu tanya nape tak naik firefly then turun di subang?
dari subang just naik cab 15 min lebih kurang dah boleh sampai

tapi perjalanan kami kali ni kami pergi makin jauh pulak
naik AA, turun AA, naik skypark bas ke Kl sentral, 
dari KL sentral naik KTM pulak dalam 12 stesen baru sampai shah alam
dari stesen shah alam ambik myvi yang bos sewa pastu kena drive ke guest house yang bos dah booked
gila mencabar perjalanan
dahla masing masing dengan bagpack besar gedabak
aku lagila hazab bagpack depan belakang
rasa macam nak tertanggal bahu

sampai kat apartment dalam 4 lebih kot
semua terus pancit
memangla lapar tapi masing masing tak larat lagi nak cari makan
semua pakat pi bedal maggi cikji dulu.hehe
malamnya pulak baru keluar cari dinner
takde gambar semua penat tau nak makan rehat pastu tidur je
aku pun malam pertama tu badan rasa seram sejuk macam nak demam dah.huhu


akhirnya, habis jugak entri hari pertama ni
jangan lupa baca hari ke 2 ye :)
to be continued......











1 comment:

wawa syaida said...

wawa pun suka kerusi urut ni...best...tapi kadang2 tu malu nak naik kalau tempat tu open sangat...kalau tersorok tu suka la :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...