Saturday, February 22, 2014

tetiba demam...


assalamualaikum


entah kenapa semalam tetiba demam
bangun je pagi dah rasa lain macam
rasa letih dan panas muka, hidung berair
bila mandi pun rasa sejukkk sangat
tapi semalam ada program tadika
dari pagi sampaila petang
so terpaksala jugak attend

dalam pukul 8 pagi gerak ke gelanggang seni
lepas breakfast makan ubat selsema je
panadol lupa bawak
program siap pukul 650petang
masa tu dalam kepala fikir nak cepat balik nak baring je
sepatutnya semalam pergi ambik qaseh gold yang beli
tapi dah tak larat sangat so biarkan jelah dulu

sampai rumah dalam 750
terus masuk mandi..sejukkkkkkkk sangat sangat
konfem aku demam
telan panadol 2 bijik pastu terus solat
dari maghrib terus duduk tunggu solat isyak
sebab dah taknak sentuh air
lepas solat isyak terus baring kejap

dalam 845 bangun siap siap nak balik rumah mak
ikut hati malam tadi taknak balik sebab letih sangat
tapi sebab fikir hari ni nak kena hantar mak ayah pi kursus haji
so gagahkan diri jugak
memangla ayah boleh je drive sendiri tapi kalau ada kursus haji jalan memang sibuk sangat sangat
so risau jugak nak bagi ayah drive snediri

sampai rumah mak dalam pukul 9malam
tengok veer zara dalam setengah jam terus tidur
bila sampai je dah bagitau mak demam dan sakit kepala terusla jadi ngengada sikit
baring je, kelambu pun suruh mak buka.hehe
sebab tak nak guna kipas, suruh mak letak kelambu dewasa
dah jadi macam baby dah aku malam tadi tidur dalam kelambu macam baby.hehe
kalau tak guna, tak pasang kipas memang tak boleh tidurla kena gigit dek nyamuk.huhu

then, pagi ni lepas hantar mak ayah gi kursus haji balik seneng
tidur kejap bagi keluar peluh then mandi
suami keluar dengan ayah nak pergi tengok sedara sakit
dalam 1130 pergi ambik mak ayah kat tempat kursus
rasa nak makan laksa so singgah pasar suh ayah pegi beli bahan bahan

sampai je rumah makan nasi dagang sikit alas perut nak makan ubat
rasa macam nak baring tapi kerja pun tak siap lagi
esok dah nak kena hantar
ya Allah berilah kekuatan moga rasa tak sihat ni tak berlarutan..aminnnn


"sesungguhnya sakitnya seorang muslim menyebabkan Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api menghilangkan karatan emas dan perak" HR Abu Dawud, Hasan


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...