Monday, April 07, 2014

cheese kek tak meleleh



assalamualaikum


minggu ni aku berjualan lagi di tempat kerja
jual cheese kek la pulakkk
tapi of kos la bukan aku yang buat
makan aku pandai, nak membuatnya haram tak pandai.hihi
tolong tolong jual bolehla



kek cheese tak meleleh air tangan kakak saya, cikgu ismira
konfem sedak sengoti
sekali try nak lagi.hihi


yang ni repeat order dari kawan di tadika
packing yang besar ni rm15 je satu bekas
bekas kecil rm5
minggu ni kawan order 4 bekas yang besar
4 bekas yang kecil
lagi 2 bekas aku beli untuk diri sendiri
satu bekas terus ngap di tadika
satu bekas lagi nak bawak balik untuk suami

kek ni of kosla sedap kan
kalau tak takkan ada repeat order plak
kawan aku  blogger tersohor cikji mula mula beli bekas kecil je
esoknya datang kerja terus nak order lagi bekas besar
haaa tu dia bukti cheese kek ni terbaik
memang cheese tak meleleh tapi konfem terbaikla


lagi satu yang boleh jadi testi adalah dari suami aku sendiri
dah 3 tahun kawin aku tahu suami aku bukan penggemar kek
tapi aritu ada sikit lebihan dari rumah mak aku nak bawak sebagai tester kat kawan kawan
tapi aku bagila suami try jugak
bukan sekeping tapi berkeping keping jugakla masuk mulut dia
pastu minggu lepas siap tanya ada lagi ke tak kek dalam peti ais
haaa tu dia penangan cheese kek cikgu ismira

so arini walau ada kawan yang tak order nak beli bekas kecil yang lebih tu
aku tak bagi sebab nak bawak balik untuk suami
kata isteri solehah kannnnnn?
harusla utamakan suami.hihihi

otw balik bagitau suami ada bawak balik kek
terus dia mintak nak makan dalam kereta
lepas suami makan kek sepotong isteri solehah ni hulur pulak air mineral
suami pun cakapla masa otw balik tadi dia memang rasa dahaga pun
isteri solehah ni pun kebetulan beli air mineral tadi dah niat nak simpankan jugak untuk suami
sebab tahu sekarang ni cuaca panas sangat
wahh macam tahu tahu je
sehati sejiwa gitu.kihkihkih









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...