Monday, June 30, 2014

kisah ramadhan dua



assalamualaikum


hari ke dua berpuasa
alhamdulillah, sepatutnya aku dah period sabtu lepas
tapi hari ni masih boleh berpuasa lagi
harapnya dalam bulan yang mulia ni adalah berita gembira untuk aku dan suami
if ada alhamdulillah syukur sangat sangat
if tak ada lagi, redha dan terima dengan hati terbuka :)

tahun keempat menyambut ramadhan dengan suami
sahur hari kedua dah terbabas
semalam tertidur awal
lepas suami pergi terawikh aku terus solat isyak lepas masuk waktu
then siapkan tempat tidur semua pastu tutup lampu sambil layan tv
kejap je tak sampai sejam dah lali mata, kebetulan pulak petang semalam hujan
malas nak fikir banyak terus off tv, off kan mata sekali.hehe

suami balik lepas tengok bola dalam 2.30 pagi
aku tersedar, tapi suami sambung tidur
aku pulak yang dok layan bola
sempat tengok highlight yang brazil lawan apa ntah penalti untuk ke suku akhir
tup tup aku tertidur sampai tak sedar waktu nak bangun masak nasi untuk sahur
kebetulan kakak ipar nak kejutkan mak ayah masa tulah baru tersedar
nasib baik suami tak marah.hihi
aku suruh dia tapau nasi dari rumah kakak ipar
aku just makan nasi lebihan berbuka je
bukan nak makan sangat pun, just nak alas perut je
makan nasi sikit, makan tembikai 4,5 keping, minum air segelas
sementara  tunggu habis imsak sempat jugak ngap pepero 1 laket
tu jelah modal aku berpuasa hari ni

petang ni rasa macam nak makan daging bakar, roti john dengan air asam boi
pastu beli pembuka selera lawar jelah
suami suka hati dialah nak makan lauk apa
pandailah dia cari sendiri

semalam aku beli lawar, paru berlada, ayam goreng pedas, agar agar
suami pulak beli gulai ikan kering, paru berlada dengan kerabu perut
semuanya tak kena dengan selera
gulai ikan masin dengan lawar terlebih masin macam tertumpah garam
paru berlada dengan kerabu manis suami cakap
kesudahannya semua masuk tong sampah
biasalah bulan puasa
yang tak pernah pernah masak pun dan dan berniaga pasar ramadhan.hehehe




sebelum mengundurkan diri
gift ramadhan dari ofis suami tahun ni
kurma dengan kismis
dan
serunding daging super duper sedap
rasa manis, masin, pedas semua cukup lengkap
kalau yang dapat dulu aku buat popiah kecik
yang ni pun cadangnya gitu jugak
minggu lepas dah buat sebekas popiah kecik
bagi dekat mak sikit
lepas tu dah malas nak sambung
kulit popiah pun macam dah nak kering dalam peti sejuk.hehe

okla, sampai ketemu lagi :)





1 comment:

Anonymous said...

is...selamat berpuasa..gapo mu bo bel bo bel ni..tp aku still baca jgk..lucu ada...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...