Thursday, August 14, 2014

minat ke obses?




Assalamualaikum

Dari awal bulan lagi aku tak sabar nak tunggu ahad depan. 2x ahad tu tau kena bersabar. Sejak nampak iklan us masterchef s5, memang tiap harila aku dok membilang hari.

At last hari ni dah khamis. Esok lusa cuti weekend. Then hari ahad kerja, malam tu akan start main la masterchef us kat channel star world.

Yuuhuuuu....serius aku tak sabar.

Aku memang dah siap siap plan. Lepas balik kerja kena terus mandi and siap siap masakla. Lepas solat mangrib and ngaji sikit, pukul 750 kena tercongok standby depan tvla. Dah pesan pun kat suami tak boleh tengok berita. Please la jangan tengok berita. Kasila can aku nak tengok dengan tenang.huhu...

Sebenarnya, masa cuti raya hari tu kakak ada bagitau abang ipar memang dah ada pun us masterchef s5 ni yang dia download. Tapi masa hari last sebelum akak gerak balik, abng ipar dah cakap nanti transfer jelah dari hard disc dia tapi boleh pulak aku terlupa bawak balik laptop, just bawak balik pendrive je. Dahtu nak cucuk celah mana? Dahla petang tu aku tergesa gesa ada hal lain..

Akhirnya tak dapat jugak ambik cite. Frustla saya. Dok fikir fikir nak pos pendrive kat akak, tapi takut dia la pulak busy tak sempat nak pos balik. Dahla ahkak tu tengah mengandung, takdenya dia nak melayan karenah aku ni.

Nampaknya lepas ni sepanjang minggu mood aku okayla kot. Tak sabar nak tengok episod pemilihan. Tak sabar nak tengok chef graham elliot dah kurus. Tak sabar nak tengok kejutan kejutan dengan challenge apa yang peserta kena hadap. Tak sabar nak tengok drama drama dorang bergaduh berdengki semua tu.

Adehhhh, serius tak sabar.

Disebabkan minggu ni aku gembira, seminggu kerja pun dah tak terasa. Makan pun selera, hati gembira, hubungan dengan suami pun ok. Takpelah takde anak pun, in sha Allah banyak lagi cara lain aku boleh gembira.

Salah satunya dengan duduk menganga depan tv layan faveret tv series akula. Bagi je Masterchef, us ke australia ke canada ke semua aku layan. Tambah pulak dengan My Kitchen Rules, Topchef..mengadap hari hari dari siang ke malam pun aku tak jemu.huhu

Kalau aku tak minat takkan la aku dok marathon ulang tayang episod sama. Kalau Us Masterchef, aku memang ada complete episod season 1 sampaila season 4. Asik dok ulang ulang ulang takdenya aku nak jemu.



Jeng jeng jeng...
Yang ditunggu tunggu..
Dua episod back to back pulak tu... woot woot

Lepas ni nak kena cari jugak yang siap download. Nak buat bekalan marathon ulang tayang sementara nak menunggu season 6 pulak tahun depan.hahaha

Aku sengal kan? Dunia je semua ni yang aku sebukkan..kalau obses nak habiskan mengaji quran iyela jugak.

Insapla muis wehhhh.... T______T






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...