Thursday, August 21, 2014

petang khamis di rumah umar



Assalamualaikum.


Serius minggu ni rasa cepat gilos masa berlalu. Hari ni dah khamis pun. Rasa macam baruuuu je ahad. Biasa if aku happy mood ok je baru rasa masa cepat berlalu. Tapi minggu ni rasanya aku moody dan agak emo. Rasa macam dah lama sangat tak cari pasal dengan suami, tapi minggu ni macam boleh tahan jugakla aku punya temper tu.

Tapi.....kalau masa cepat berlalu, tu salah satu dunia nak kiamat. Tanda tanda kecil. Gulp!

Dosa banyak lagi ni weh. Dosa ngan tuhan, dosa dengan laki, dosa dengan mak ayah, dengan orang sekeliling.... T______T

Takpe, malam ni malam jumaat. Malam jumaat antara malam doa dimakbulkan. Bolehla berdoa supaya diampunkan semua dosa aku kecik ke besar. Moga aku rajinla nak beribadah dan mengaji quran lebih sikit dari hari biasa..huhu

Oh ya, bebenornya nak update pasal petang lepas balik kerja tadi. Otw balik kerja tadi singgah rumah student sebab parentsnya jemput datang majlis kesyukuran & akikah baby, adik pada si student.

Bukan student kelas aku pun, tapi dah aku menumpang ticernya balik, so harusla tumpang sekaki join pi makan makan.heh



Tuan rumah kecik. Umar Rais. Bagus budaknya. Siap temankan ticers makan.




Kebetulan tengahari tadi makan mihun je, jadi bila petang memang dah rasa lapar. Nampak ada nasi, so pekena nasi jelah. Lauk semua sedap, kena dengan selera aku.




Ambik kuih sikit. Salah satu kuih tadisional faveret aku. Macam jarang jumpa dah sekarang ni. Orang kelantan panggil kuih katun. Bahasa bakunya aku dah lupa kuih apa namanya. Tapi kuahnya manis sangat. If kurang manis lagi best.





Ada dessert aiskrim jugak. Memang faveret aku la ni. Hmmmm...




Dapat gift, koleksi 30 doa custom made. TQ :)





Lepas makan naik umah jenguk baby jap. Umar ajak bergambar dengan props layankan jer. Hah sampai terpejam pejam mata aku syok tangkap gambar.hehehe...




Umar dan ticer zura, ex ticer!




Umar dan ticer salmi, his ticer tahun ni.




Umar dan ticer is, adakah bakal ticer umar next year?....ada jodoh ketemula kita nanti ye ;)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...