Saturday, August 02, 2014

Sedih. Resah. Gelisah.



Assalamualaikum

6 syawal. Hati resah. Kesedihan berganda. Serabut semua ada. Tengok pulak cerita yang buat aku makin serabut. Sengal. Aku tahu aku sengaja seksa hati sendiri.

Semalam semua adik beradik dah habis beraya. Yang lain tak kisahla sebab abang abang je. Adik lelaki pun tak kisah. Tapi kalau cikgu isroha pun nak balik, mulala aku sedih. Rasa depressed sesangat. Rasa sunyi. Rasa ditinggalkan. Aku benci perasaan tu.

Malamnya pulak dengar cerita cerita yang tak menggembirakan. Nak tidur pun tak lena. Esoknya gagahkan diri dan hati pergi kelas tuisyen. Paksa diri siapkan kerja.

Balik rumah mak terlelap sekejap. Tapi terkejut dari tidur tiba tiba ingatkan dah terlewat nak pergi kerja. Hati resah macamana nak rehat. Sedih serabut bertimpa timpa.

Apa yang perlu aku buat?*sigh*

Aku dah pujuk hati sendiri. Aku redha. Aku cuba gembirakan diri. Aku tahu susah tapi aku cuba lupakan.

Tapi aku percaya, ada cahaya di penghujung hari. Mendung aku di hati aku takkan selamanya. Aku dah pernah lalui benda ni berkali kali. In sha Allah..kali ni pun aku akan boleh hadapi.

Cepat atau lambat masa tu akan tiba.
Apa yang terjadi di masa depan, aku redha!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...