Thursday, September 18, 2014

rewang kenduri kampung



Assalamualaikum. 


Sekarang ni walaupun ramai yang suka khidmat catering bila kenduri, tapi still ada jugak yang suka rewang ramai ramai dengan orang kampung. 

Macam famili aku sendiri pun, last kenduri kawin aku, memang rewang anak beranak dengan orang kampung je. Lagi best dan meriah. Lagipun kenduri kat rumah je, if buat kat dewan yelah kan nak guna catering. 

Aku if ada kenduri kendara, memang jarangla tolong tolong. Tak biasa dan tak reti. If rumah sendiri, memang dah cukup dengan tenaga anak beranak dengan jiran tetangga. If kat rumah orang lain, lagila aku kekok.huhu

Sekarang ni pun kat rumah kakak ipar, aku just tengok tengok je. Nak tolong pun tak tau nak tolong apa. Kebetulan pulak hari ni first day period, sakit kepala, sakit perut. Fizikal n mental tak berapa nak ok. Hihi bukan buat alasan ye. 




Sesi memotong umbut kelapa dan batang keladi
Rasanya umbut kelapa tu nak campur dengan gulai daging. 
Then buat gulai batang keladi la kot. 




Tumis bawang dan rempah untuk gulai kawah. 




Rewang sambil buat keje sambil sembang.
Air sirap ada kalau dahaga.hehehe




Daging lembu siap sedia untuk dilapah.




Naik vespa dengan suami cari kedai nak beli megi cup. Gems molek aku dalam gambar.huhu




Tolong ikat bunga telur. Teringat pulak saat saat aku nak bergelar pengantin. Bestnya kawen.hihihi


Akhirnya plan suami nak balik petang tak jadi la pulak. Haihhh macam macam. Sukahatila. Maleh aku nak fikir. I follow jerrrr...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...