Wedding: Majlis Akad Nikah


Assalamualaikum

Aku baru perasan yang aku ni tak pernah post apa apa lagi pasal hari akad nikah, hari bersanding dengan hari bertandang. Entrinya dah lama ada, tapi terperuk dekat draf. So entri kali ni tersangat sangat la basi. Kalau tengok entri entri sebelum ni pasal wedding, aku just cerita pasal the other things like hantaran, pakaian, bunga manggar, berinai, goodie bag. Gambar gambar akad nikah, bersanding dengan bertandang memang tak pernak share pun lagi dekat blog ni. Takpela, better late than never kan?

Tarikh majlis akad nikah aku pada 5 Jun 2011. Hari ahad. Plan asalnya aku nak nikah 3 Jun, hari jumaat bersamaan 1 Rejab. Tapi lepas tu dapat tahu rupanya adik kakak ipar pun nikah tarikh sama. So takut nanti menyusahkan abang dengan kakak ipar, aku pun tukarla tarikh. Bila bagitahu ayah, dia cakap ok so aku proceed jelah. Masa set tarikh tu memang aku lupa terus rupanya tarikh nikah cikgu Isroha pun 5 Jun jugak tahun lepas.huhu memang tak plan pun. So samaler anniversary kitorang. 

Aku pilih untuk nikah dan bersanding hari sama. Disebabkan pagi tu mak andam tak dapat datang, so aku kena pergi makeup dekat kedai. Dalam 730 dah gerak pergi Mazni Bridal, mak andam pilihan aku. Bawakla anak sedara sorang sebagai peneman. Lepas makeup, tukar baju nikah siap siap dan drive balik rumah. 

Dalam pukul 9 bila dah sampai rumah bila tanya tanya mana pak imam, ayah cakap pak imam dah balik rumah. Apahal? Kan dah janji nikah dalam 930.  Rupanya one of my SIL tercakap kat ayah aku nikah kul 11. Dah rumah dekat tok imam balikla dulu. Penatla aku menunggu berjam pulak sementara menantikan Tok Imam dengan rombongan suami sampai. 





Busy menelefon suami cakap akad nikah lewat sikit. Kalut je padahal rumah dia tak sampai 10 minit pun. Nampak tak jerawat seketul kat pipi? Kebetulan masa akad nikah lagi 2, 3 hari nak period. Tu pasalla naik jerawat. Nasib baik seketul je. 






Pengantin punyala santai. Siap dok baca paper lagi. Masa ni tak berdebar pun lagi. Oh ya aku memang tak ambik set bilik pengantin pun. Simple macam ni je aku hias. Kengkonon ala inggeris la. Disebabkan set bilik tidur dah putih, jadi aku beli set cadar corak bunga pink je. Lepas tu tempah 2 pasu bunga kecik untuk side table. Letak patung bear pink yang suami belikan masa bercinta dulu pastu tabur kelopak mawar je atas katil. Bunga mawar tu pun aku rembat rumah makcik je. Romantis kan bilik pengantin aku? Kihkihkih




Mengenang nasib diri yang bakal jadi hak milik mutlak si suami.  ;D





With bff, Arn and Kak Ida. Masa ni dah lepas akak nikah pun baru Kak Ida sampai. All the way from jerteh. Arn pulak memang dari pagi lagi dah jadi peneman aku. Kiranya maid of honourla.hehehe





Imam kg cherang hangus. Check dulu betul ke tak pengantinnya. Pak imam ni pun satu hal. Nak menikahkan aku pun, nama asik tersalah sebut je. Mula mula tu ada ke dia cakap nama aku Siti apa ntah.huhuhu taula nama kita susah nak baca. 






Suami saya.
Dekat pukul 11, barulah selesai majlis akad nikah kami.
Alhamdulillah. Dah jadi bini orang la aku ni. 







 Kami suami dan isteri.
Kemain lagi manis senyuman aku.
Dah ada laki la katakan.hihihi






Menandatangani surat nikah.
In sha Allah semoga ikatan kami ni berkekalan ke akhir hayat. 






Pembatalan air sembahyang. Untuk aku, seutas gelang pilihan aku. Untuk suami mulanya aku plan nak beli cincin batu kaler, sebab masa tunang dah bagi cincin batu putih, tapi dia taknak. So untuk bergambar guna cincin sama je sarung kat dia.hehehe





Ciuman pertama dari isteri.
Aku pun pelik kenapa senget macam tu.
Patutnya cium tangan lurus ke depan. 
Rasanya masa ni suami nak tergelak sebab aku buat buat macam nak gigit tangan dia kot.
Gurau gurau manja gittew...





Ciuman pertama untuk isteri.
And many more to comes. Hopefully.
Suami ni bukan dia nak pegang kepala aku, tapi tarik kepala aku rapat macam tu.
Kot ye pun, sabar sabarla.hihihi





Dulang wang hantaran merangkap mas kahwin dan hadiah seutas gelang.
Gambar untuk akad nikah ni takdela cantik sangat sebab guna kamera sendiri.
Jadilah dari takde kan?


Lepas akad nikah, barulah makan makan. Aku just sediakan roti jala dengan gulai ayam, mihun singapore dan kuih kuih je untuk semua yang datang. Gambar pun takde lupa nak snap, maklumla busy jadi pengantin kan.hehehe. Lepas tu suami dengan famili dia balik rumah. Aku pun standby jelah nak tunggu mak andam sampai makeup dan tukar baju untuk sanding la pulak. So next entri akan bersambung cerita bersanding pulak. Jangan jemu membaca ye... ;)







Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D