Saturday, October 04, 2014

Bulat.


Assalamualaikum.

Petang semalam balik rumah mak kejap.
Masa dok sembang, tetiba mak cakap

"Bakpo napok  koho bulat loni?"
Translate: kenapa nampak makin bulat sekarang ni?

I is terkedu.huhu
Tapi cecepat cover.

"Mana ada bulat? Biasa je ni. Ngarut jah."
Translate: mana ada bulat? Biasa je ni. Mengarut aje :D

Lepas tu aku sengih je n mengaku berat sekarang dah hampir 60kg.
Mak cakap if 60 dah samala dengan berat dia.
Pastu aku cover lagi, naik berat sebab ritu makan ubat hormon.hehe

Padahallllll....tapi takpeler, asal sihat.
Tak kena tonsil, tak demam, tak sakit kepala, tak selsema, okayla tu kan.

Tadi terbaca pasal diet atkins.
Untuk 2 minggu pertama, jangan ambik langsung carbo.
Just makan lauk n sayur je.
Aduhai, boleh ke?
Yang aku baca dalam blog tu, 3 hari je dia follow diet atkins, turun 1.5kg.
Biar betul?
Aduhai, makin stressla aku macam ni.

Takpela, kita lupakan dulu pasal diet ni.
Meh aku nak share pic makanan yang ada dalam tab aku ni.
Buat semak gallery je.huhu



Charkuetiow.
Sedap.
Lauk banyak.
Tapi kadang kadang too greasy.
Last aku makan dulu, esoknya terus bengkak tonsil.
Tapi still tak serik.
Yang ni makan dengan garfu je, kuahnya abaikan.
Kang bengkak tonsil lagi, sesaje je.





Makan malam masa suami takde.
Letak nasi n lauk, makan depan tv.
Ulam takde, tomato pun jadila.




The real gulai kawah.
Dalam kawah.
Guna kayu api.
Orang cakap beza if masak guna dapur gas dengan kayu api.
Air masak pun if mak masak dalam periuk guna kayu api, lain rasa dengan yang masak dalam cerek.
Rasa lebih smokey, bersalai gitu.




Unhealthy breakfast.
Sosej dengan sos cili, sos lada hitam n mayo.
Sekali sekala bolehla.




Telur ikan goreng.
Suami tahu bini dia suka telur ikan, so minggu lepas belikan setengah kilo.
If nak bagi kembang macam ni, just potong dua n belah skit kat tengah.
Masa goreng dia akan terbukak macam goreng keropok, nampak lagi sedap.
Tapi telur ikan ni tak boleh perap kunyit n garam lama lama.
Kalau tak dia akam jadi masin.
Cepat sangat dia serap perasa tu.
Kuantiti garam pun sikit je. Lepas letak kunyit n garam kena telur goreng n makan.
If sejuk, tekstur dia akan jadi chewy, liat.




Lawar ikan buatan sendiri.
Masa siang ikan nak rebus tadi, aku asingkan 3 ekor.
Filet isi ikan, potong dadu, perah limau sebiji, tambah lada, garam n ajinomoto sikit.
Simpan dalam peti sekejap bagi sejuk.
Sedap ni. Masin masin masam.



Tomyam tanpa pes, sayur banyak letak ayam sikit.
Hari tu teringin nak makan tomyam, tapi pes takde.
Nak keluar beli, kereta habis bateri suami belum tukar.
Nak naik motor, manala aku reti.huhu
So google resepi tomyam tanpa pes.
Nanti aku akan share resepi di blog.




Paprik ayam.
Yang latest buat ni aku puas hatila.
Sebab rasa nak sama dah dengan kat kedai.
If buat dulu 2x, rasa tak menjadi sangat.
Resepi paprik ni pun aku belum share di blog jugak.
Nanti nantilah.

Okay, tu je nak cite kali ni. Babai....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...