Wednesday, November 12, 2014

jeruk mangga asam boi

Assalamualaikum.

Dah tak ada benda lain ke nak jadi viral sekarang ni?
Tetiba je buah mangga dengan asam boi ni jadi glamur.
Setakat pauh lemak dengan asam ni, dah berzaman i dok makan.
Statement kemain berlagak kan?hihihi
Cuma bezanya dulu i selalu makan mangga ni dengan serbuk asam je.

Masa mula mula benda ni dok viral kat laman sosial i dok tertanya la jugak apa istimewanya benda alah ni.
Siap ada yang share resepi lagi.
Kebetulan masa tu ada kawan jual sebekas rm10, so i share dengan kawan beli.
Bila dapat rupanya pauh lemak potong, letak dalam bekas, taruk asam boi, lada potong, garam gula sikit.

Tapi kalau yang beli memang takkan puas hati.
I ni cerewet.
Yang beli ritu rasa masin sikit.
Lepas tu beli yang ada jual dekat van depan tadika, sebekes kecil rm3.
Rasa masam manisnya dah ok dah tapi pedas sangat sangat.
Haihhh, tak berapa kena dengan selera i la tu.

So pagi tadi dalam pukul 10, siap mandi i terus pergi pasar.
Niatnya nak gunting rambut n cari mangga je.
Kali ni nak buat sendiri je jeruk mangga asam boi ni.
Sedap ke tak belakang kira.
Tapi yang menyampahnya bila benda dah jadi viral ni, tetiba je harga mangga naikla.
Demand tinggi, supply pun apa lagi mulala naikkan harga.
I is menyampah tau.

Pauh lemak ni memangla faveret dari dulu.
Sebab i tak suka pauh yang kuning n lembik tu.
Dulu i selalu beli sekilo rm4 je tau.
Tetiba sekarang ni dah jadi rm7.
2 kilo rm13. Banyak cantik.
Dahla mangga ni bukan benda kawalan, sesedap hati je nak naikkan harga.

So sebelum pergi pasar, memang i dah ada taktik dalam kepala.
Sampai je pasar terus singgah gerai buah.

I: berapo sekilo pauh ni mokcik?
Mokcik: 7 ghiya. Kalu 2 kilo 13 ghiya.
I: mahalnya. Dulu kito beli rm4 jah sekilo pauh lemok. Takpo deh, tengok tengok jah dulu.

Dan seperti yang diduga.

Mokcik: hor takpola kalu gitu mokcik bui 6 ghiya jah sekilo. Nok hok keras ko hok lembik?

Hihihi. Nasib baik menjadi jugak taktik  i tadi.
Walaupun rm6 still mahal tapi dah semua orang jual harga tu, redho jelah.
Pendek kata, kalau mangga ni mahal macam ni, lepas ni tak beli lagi dah.

So, i beli jelah. Rezeki makcik tu.

Hasilnya.....


Sebiji sedang elok elok muat 1 bekas.
Sedap ke tak tak tahula.
Setiap lapis dalam bekas tu i letak 4, 5 ketul lada, 4, 5 ketul asam n secubit gula.
Tapi asam yang ni tak sedap sangat.
Yang ni cenderung masin sikit so i just tambah gula je, garam dah tak letak.
Nanti esok lusa rasa if tak berapa okay, boleh modified balik.hehe

Kayola sape meniaga benda alah ni.
Modal 1 bekas tu dalam 3, 4 ringgit je, termasuk bekas.
Jual sebekas rm10. Sekali ganda untung.
Ritu yang i beli bekas besar sikit kot tapi isi tak penuh pun.
Rasanya tak habis pun sebiji pauh.
Yang ni i beli yang besar besar, muat muat elok je bekas saiz ni.

Tak sabar pulak nak tunggu benda ni ready untuk makan.,
Sabor ye Muis. :D:D:D






1 comment:

nik ros said...

sedapnyer. terliur la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...