Saturday, January 24, 2015

pancit.

Assalam.

Rasa macam lama tak update blog, padahal baru 3 minggu.
Patutla lately rasa stress, rupanya sebab tak membebel di blog la tu.hehe

Kejap je rasa, esok dah masuk minggu terakhir bulan januari pun.
Tak tahu nak cakap macamana, tapi bila start persekolahan tahun baru ni, memang tak sama dengan tahun tahun sebelum ni.
Tahun ni masukla tahun ke4 mengajar di kindie ni, tapi kali ni baru terasa dikerah tenaga secukupnya dr 8pagi sampai 5.30 ptng.
Tuhan sajalah yang tahu.

Student tahun ni almost 170 orang, n dayare sampai petang lebih kurang 130 orang.m
Mau tak pancit.
Yang mabelesnya bila timbang berat turun 2kg.
Hah, part tu aku suka.
Yang lain, mak stressssss.huhu

Minggu lepas catat rekod balik kerja sampai rumah kol6, masuk bilik n tertidur.
Nasib baik terjaga sebelum maghrib.
Sape kenal aku tahula aku bukan kaki tidur.
Kalau sampai tahap macam tu memang ada something wrong la tu.

Buat pertama kali jugak malam tadi aku tertidur hampir pukul 2 pagi disebabkan leson plan.
Dari lepas maghrib non stop buat lesson plan dengan rasa stress, sampai pukul 1, give up n tutup laptop.

Memang bila penat n dah tak boleh fokus tapi kena paksakan diri, memang rasa nak humban je laptop tu ketepi dinding.
Kalau tab selalula jadi mangsa, tapi dengan laptop ni tak tergamak la pulak.
Agaknya kalau rosak sebab perangai baran aku, mau suami karate je aku ni.hihi
Tu pun dia dok suruh sabar sabar sabar.
Sabarla sangat.

Lepas tu cubala untuk tidur tapi pukul 2 baru terlelap.
Bangun pagi tadi lepas subuh memang tak tidur terus sambung buat lesson plan.
Bila dah rehat n fresh, barula tenang sikit buat kerja.
Sape cakap nak mengajar budak kecik senang?
Ingat nyanyi2 mengajar abc 123 je ke?
Hah, cuba try baru tahu.huhu
Dengan budak lagi banyak nak kena planning n buat persediaan mengajar.
Kot tak mulala ada yang tak terkawal.

Kelas aku tahun ni, setakat bulan 1 ni memang dah nampak perangai masing masing.
If nak banding dengan tahun lepas, students tahun ni lebih degil n tak makan saman.
Beza dengan tahun lepas, bila kena sound sikit terus menikus, tapi bab terima arahan superb.
Yang tahun ni dahla tak berapa nak dengar kata, bila bagi arahan, buat tak endah n tak bagi kerjasama sangat.
Huhuhu, penat kitew taw....

Tapi takpe, nanti siapla aku bagi semua minum air yasin.hehehe
Moga terbukak la hati dorang sume nak belajar betul betul.
Masalahnya, bila dorang tak makan saman, tercabar kredibiliti aku sebagai guru disiplin  kat situ. :P

Start esok, sorang new teacher dah resign.
Tak boleh nak go on.
Kalau jiwa tak kental, mintak maafla memang tak boleh mengajar kindie.
Dah masuk tahun ke4 aku kat sini, dah berapa ramai cikgu keluar masuk.
Tak serasila kot.

Aku dulu pun bukan minat nak mengajar kindie ni, tapi tak sangka masih kekal lagi.
Apapun, aku masih dalam proses pembelajaran jugak, tapi kira dah berpengalaman lah sikit sikit.
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Alang alang mandi, biarla sampai basah. Ye dok?

Ok, habis dah membebel. Cari mood je ni.hehe
Sampai ketemu lagi ye..daaaa


2 comments:

cikji said...

Kitew pun pancit jugek lps tu tampal lepas tu pancit lps tu tampal. Lps tu zzzzz haha

Ann Ishak said...

memang susah nak mengejar kindie ni, especially budak2 tengah galak nak bermain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...