Friday, August 07, 2015

Redha la muis

Assalam.

Hari ni rasa stress la pulak. Frust betol bila apa yang kita plan tak menjadi disebabkan orang lain yang tak efisien dalam kerja.

Tapi betolla orang cakap, kita hanya mampu merancang, tuhan yang tentukan. So aku anggap jelah ni antara dugaan yang aku kena tempuh. Redha la muis.

Patutnya sebelum bulan puasa hari tu lagi aku dah boleh proceed dengan iui, tapi disebabkan misscommunication dalam setting date, last last iui ni kena tunda lepas raya.

Punyalah aku tak sabar tunggu first period lepas raya. Tup tup ada jugak halangan kali ni. Hampir 2 bulan menunggu, nampaknya aku kena tunggu lagi sebulan. Apalah nasib. Dugaan macam nilah yang selalu buat aku stress, tension n takde mood.

Kadang rasa nak give up je dengan hidup ni. Kenapala banyak sangat dugaan datang bertimpa timpa? Apalah dosa aku ya Allah? Mujur iman tu ada. Pujukla hati sendiri. Memang dah takde sape yang boleh tolong aku melainkan aku sendiri dan Allah. Redha la muis.

Nak marah pun dah takde guna.
Nak nangis buat membazir air mata.
Nak diluah dah habis kata kata.
Nak ditelan, sabar pun dah takde.
Apa aku boleh buat? Redha jelah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...