Saturday, November 28, 2015

Bbq dalam hujan.

Assalamualaikum.

Dalam seminggu ni cuaca okay je, tak hujan sangat, tak panas sangat.
Tup tup malam tadi kemain hujan lebat.
Suami cakap start semalam hujan akan turun berterusan.
Cantikla sangat tu.
Dahla hari ni plan nak buat bbq merangkap majlis perpisahan la konon.
Apapun, lepas decide nak buat bbq, aku terus setel semua dah.
So nak tak nak hujan ke tak, memang kena proceed jelah.huhu.

Pagi tadi, aku sedar je dalam 5.30, memang tengah hujan.
Kemain lagi aku berdoa biarla hari cerah nanti hujan reda.
Dalam drup wasap, semua dok update banjir kat kg masing masing.huhu

Nasib baik aku keluar pagi dalam pukul 8 tu dah x hujan, just mendung je.
Aku keluar awal sebab nak balik rumah mak kejap.
Pastu nak kena beli ais dengan arang jugak.
Janji dengan yang lain, pukul 9 kat petronas jelawat.
Tapi dorang semua cakap otw hujan n jem sikit, so dalam pukul 10 semua sampai n terus gerak.

Kali ni bbq kat tempat sama je.
Damai melawi.
Sebabnya if hujan, ada tempat teduh untuk bakar ayam n lepak.
Otw ke sana memang hujan boleh tahan lebat la jugak.
Memula sampai tu kemain lagi sejuk dengan angin kemain lagi kuat bertiup. Huhu.
Nasib baik tempat bbq tu memang dia dah bina macam penahan angin.
Aku terus je basuh tempat bakar ayam n start bakar, tapi aku banyaknya part jadi tukang kipas jelah.hehehe.


Walaupun mulanya dalam 18 orang cakap n pergi n dah bayar, tapi last last 14 orang je termasuk aku.
Tapi takpelah, dah yang lain ada aral, nak buat cane kan?hehe

Aku snap gambar makanan je, yang lain mintak long jadi op of the day.


Ayam bbq. Total 8 ekor tapi perapan 2 resepi.
Kat sana aku just makan 2, 3 ketul pastu tapau bawak balik sikit untuk suami n anak.
Bbq dalam hujan best jugak sebab bila sejuk, bestla makan ayam panas panas kan?


Mihun singapore air tangan tc alynn.


Keropok untuk makan dengan mihun.
Ada jugak sambal kicap. Dap.nyum nyum.


Sandwich sardin n telur air tangan tc emma.
Pun sedap.hehe


Spageti tc leen. Sedap kuasa dua.hehe
Sosnya masammmmm, i loike.


Puding laici tc suzi yang diraikan.huhu
Tokey puding, of kos la sedap.hehe

Ada jugak kek hokkaido dengan chocolate cheese kek meleleh dari tc zaa.
Sedapnyaaaaaa.
Bila aku nak makan, sekeping je tinggal.huhu.

Selain dari makan makan, aku ada buat jugak cabutan bertuah. Saja nak suka suki.


Beli barang dari kedai rm2 je.
9 hadiah n lagi 1 aku buat hamper makanan sikit.
Kengkonon grandprize la tu.kihkihkih.


Tuan tanah.
Pergi bbq dalam hujan pakai jubah n sweater. Ko mampu?
Depan bbq panas dengan api n bara pun x rasa panas pun.kihkihkih. warm warm gittew.


Bersama anak. Eh! Bersama anak kawan.
Tapi asalkan comel, kira ada iras iras akulah tu jugak.kihkihkih

Kitorang datang sini pun kejap je.
Lepas bakar ayam n makan makan sikit dalam 1230 dah kemas nak balik.
Almaklumla ada yang ada hal lain petangnya, ada yang laki nak balik solat jumaat, dengan sejuk angin n hujan semua.
Dah kenyang mesti semua tak sabar nak balik membuta kan? Hehe
So, mohle kita.

Tahun depan, plan bbq di tempat lain la pulak.
If dapat bermalam lagi best.

posted from Bloggeroid

2 comments:

husna zahidi said...

menarik! dalam hujan pon tetap diteruskan.. nasib baik ada tempat berlindung..:)

Azian Elias said...

seronok ye. hujan pun hujan lahh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...