Thursday, November 12, 2015

Masak mihun goreng

Hari ke3 public holidays.
Esok cuti weekend pulak 2 hari.
Haihhh, sangap sangat aku kat rumah sekarang ni.
Selalunya if cuti lama adala kerja nak buat.
Ni semua kerja dah setel.
So melepak depan tv jelah.huhu

Hari ni lepas subuh aku terus masuk dapur.
Dah plan nak goreng mihun.
Hari ni anak dah nak keluar ikut mak sedara dia pergi kolam air panas.
So biarla dia sempat alas perut sikit.

Lepas siap masak, aku terus kemas dapur n mandi.
Dah fresh barulah best nak makan nak minum.
Tapi aku ni dah spesies makan lewat, so mihun tu kita hold dulu.
Bagi je mak mentua makan dulu.
Bila aku tanya dia cakap rasa dah okay je.
Sebabnya aku letak garam tapi takut tak cukup rasa.
Dan jenis aku ni if memasak, kadang kadang malas nak rasa masin tawar.


Aku breakfast yang ni je dulu.
Dah pandai minum kopi dah aku sekarang ni.hehehe
Jangan sampai ketagih dahla.


Pinggan suami.
Dia makan sikit lepas tu dia cakap nak simpan dulu.
Lepas tu cepat cepat explain cakap dia tak selera makan awal sangat.
Dia tahu dah perangai aku ni cane.
Tak makan yang aku buat siapla lepas ni memang aku tak masak dah lagi. Hmmmmm.

Tapi mihun ni bila aku try sikit, tawar lembar bak kata org kelate.
Actually, for the info nilah first time aku masak mihun goreng sepanjang hayat aku.kahkahkah
Selalunya sebelum ni asik makan yang orang masak je.
Tak pun beli.
Susah jugak rupanya masak mihun goreng.
Letih tangan aku nak godek godek mihun tu.
Lepas tu tadi rasanya terlebih bumbu, so mihun jadi basah sikit.
If mee aku sukala basah, tapi mihun lagi best kalau kering sikit.

Takpela muis, atleast ko rajin nak masak bagi anak n laki makan.
Malam ni dah cakap kat suami nak buat kuetiow kungfu.
Suami suka makan benda alah ni.
Ada resepi ritu aku dah share di facebook.
Entah jadi ke idok. Kita tunggu dan lihat ye.hehehe

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...