Wednesday, February 10, 2016

IUI: SECOND ATTEMPT =FAILED!



Assalamualaikum.

*update. 10.2.2016

Prosedur kali ni pun tak berjaya jugak.
Isnin lepas elok je sempena chinese new year, pagi tu tengok tengok dah period
Kitaran 28 hari dari last month. Sehari pun tak lewat. Punctual betul.
Takpelah, takde rezeki lagi.
Suami pun macam tahu tahu je, tetiba tanya dah period ke belum.
Aku diam je. Malas nak jawab.
Tengahari tu masa makan baru aku bagitau dia.
N tanya nanti nak buat IUI lagi tak?
Dia kata ok je. Nanti pergi berurut jugak.
Sedikit frust, tapi takpe. Allah kan ada...

Jadi, ahad lepas aku dah proceed dengan 2nd IUI.
Tapi untuk IUI kali ni, pengalamannya tak berapa seronok.
If kali pertama dulu, progress tu lancar, sekejap n tak menyakitkan.
Tapi yang kali ni dahla lama, siap ada bleeding la jugak.
N IUI kali ni aku nangis.kihkihkih.

Disebabkan dah kali kedua, so takdela excited or berdebar ke hapa.
Aku cakap kat suami tak payahla nak rushing sangat ke hospital.
So singgah breakfast apa semua n sampai pukul 9 lebih.
Nurse dah cakap untuk hari ni, ada 2 kes IUI.
So kalau dapat turn kedua, sampai ke petang la kot. Yang turn pertama ni pun dah habis dekat pukul 1 tengahari.
Tapi bila sampai rupanya the other couple tu, suami dia still tak naik lagi tengah parking kereta so nurse cakap aku n suami boleh proceed dulu.
So lepas timbang n ambik tekanan darah, terus masuk bilik inseminasi.
Then, tunggu untuk proses sperm lama jugak.
Then menunggu pulak untuk inject sperm.

Disebabkan aku dengan dr wan zahanim, n dia seorang doctor pakar bergred jusa c, so memang dia agak sibukla kot.
Masa first iui dia takde sebab ada interview ke hapa.
N untuk second iui ni pun dia takde jugak sebab kena melawat tapak.
So aku menunggu la dalam bilik dia untuk di teruskan IUI dengan doctor lain.

Hari tu aku dapat doctor gred u54, untuk hari ni dapat doctor gred u48.
Mungkin dah nasib aku, bila doctor masuk spekulum n ketatkan, aku tak tahula apa jadi, tetiba benda alah tu ada patah. Tup! Kuat aku dengar bunyinya.
Sakit tak? Doctor tanya.
Aku cakap tak cuma terkejut. Benda tu patah masa spekulum dalam rahim aku kot. 
Mau tak terkejut.huhuhu
Dia cakap tak sakit sebab tak kena dinding rahim pun.
So aku okay jelah.
So dia tukar dengan spekulum yang lain.
Bila sampai masa nak inject sperm tetiba doctor mintak nurse ambikkan satu alat macam pengepit.
Dia cakap aku akan rasa sakit sikit sebab dia guna alat tu untuk pegang rahim aku katanya.
Masa tu memang rasa macam sedikit sakitla.
And doktor terus masukkan je tiub kecil untuk inject sperm.

Tapi memang proses kali ni lama n doctor kejap masukkan tiub kejap keluarkan tiub.
N aku jugak nampak hujung tiub tu dah berdarah.
Lama jugakla doctor dok ejas itu ini sampaila nurse cakap tak payah masuk dalam sangat pun.
Lepas nurse cakap macam tu baru doctor ready nak inject.
Agaknya sebelum tu dok fikir nak rapatkan tiub tu betul betul sampai ke dalam. 
tu yang sampai berdarah darah. 

Then bila semua siap n lepas aku rehat dalam setengah jam, siapla untuk balik. 
masa tu alat nurse tak kemas pun lagi. 
so aku nampakla tiub dengan spekulum tu ada lekat darah darah. 
patutla rasa sakit.huhuhu


 untuk kali ni dapat lagi duphaston dengan acid folic. 
kali ni nurse cakap makan terus je duphaston ni. 
hari tu dia cakap jangan makan lagi, tunggu if pregnant dulu. 
lepas tu aku cakapla aku makan acid folic tiap hari ikut suka aku je takde correct timing. 
so nurse cakap acid folic makan setiap hari pukul 8 pagi n duphastom 8 pagi/8 malam. 

patutnya next period aku selasa depan. so sabarla menanti apa keputusan nanti. 
negatif ke positif. 
tapi dah  2,3 hari ni memang aku dah rasa tak best macam selalu nak period pun. 
cuma nurse cakap awal pregnant pun akan rasa gitu. 
so harapan tu masih ada ye. masih ada.hehehe..

okay, tu je nak share. sampai ketemu masa aku bebel lagi ye. babaiiiii

1 comment:

Azian Elias said...

akak dua'a kan yang terbaik buat u.. rasa ngeri pulak baca...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...