Sunday, April 17, 2016

Adding 2kg & Foods



Assalamulaikum.

Ya Tuhan, Ya Tuhan, Ya Tuhan........
Last week tertimbang berat. Cer teka?
Last timbang 59.9 masa appointment kat hospital bulan 1 ritu.
Syukur alhamdulillah ada peningkatan lagi 2kg.kahkahkah
Memang aku dah jangka pun sebab lately nafsu makan membuak buak melimpah limpah bak lava gunung berapi.huhuhu

then lepas timbang tu kengkonon aku tekadla nak kurangkan makan sikit.
nak kurangkan nasi je pun.
so sekarang ni tiap pagi aku tak bungkus nasi pun.
kadang kadang beli kuih je. kadang kadang tak beli pun.
if lapar sangat makan la sikit breakfast tadika.
selalunya bertahan la sampai tengahari. lepas tu baru makan nasi.
balik petang pun sama, makanla apa apa pun tapi bukan nasi, pastu makan paling lewat sebelum pukul 8.
hopefully adala sikit perubahan nanti.
pastu aku sekarang ni pun banyak minum air masak je.
memang dah kurang tapau milo ais ke, tea ais ke, sirap limau ke.
tea o ais memang elak sebab taknak sakit kepala.

bila dah makin gemuk macam ni selalu rasa insecure.
selalu tanya suami gemuk sangat ke aku ni?huhu
selalu rasa suami dah tak sayang sebab dah tak cantik, dah gemuk.
last week balik rumah mak, anak sedara cakap Cik Inie gemuk. Cisssss.
kecik kecik dah pandai mengata yer?

tapi tak kisahla kurus ke gemuk. semua takdir tuhan.kihkihkih
asalkan sihat sudah.
alang alang meh tengok apa makanan yang menggemukkan diri aku ni.



pulut kuning dengan rendang ayam. 
kak ipar yang masak untuk jamuan ofis dia kot. 
pagi tu suami tapaukan kat aku sikit. 





Spageti meatball kakakanda Isroha masak masa balik cuti sekolah last month
Sedap ya amat tapi I is dont like meatballs.





Breakfast pagi. 
Nyaman betul sekali sekala makan nasi beralas daun pisang





Faveret aku. Ikan selayang rebus goreng, sambal pauh, sayur bak choy sos tiram, nasi panas dengan  kicap. Fuhhh yang ni selagi tak licin nasi dalam periuk memang tak berentila.kihkih





Sayur campur telur pecah. 
Aku suka letak serbuk kunyit sikit nak bagi dia kuning. 




Ikan kembng sweet sour. 
Sambal lagi banyak dari ikan.huhu





Biasa kalau hari jumaat, second round aku memang makan nasi awal petang. 
Nak elak dari makan nasi malam. 
So ni baki nasi yang makan tengahari tu jelah. 
Dengan baki lauk tengahari tu. Sambal ikan kembung 3 rasa tu aku modified buat ayam pulak. 
Ikan selayang rebus memang selalu ada dalam peti ais, goreng je. 
Kerabu mangga tulah yang aku makan last week sampai kena gastrik.huhuhu
Minggu ni stop dah beli.huhu





Akok dari kedai dekat rumah. 
Sedap sebab lembut n tak manis sangat. 
Tahan lama jugak if beli pagi, sampai petang atau malam elok lagi boleh makan.
Tiap hari beli sampai sekarang ni dah muak dah.hehe





Sejak ada mason jar ni, menggila dok buat air asam boi pulak. 
Buat sendiri lagi puas hati dari beli kat kedai
Untuk satu jug besar, aku letak 5 senduk kecik gula. 
 Letak satu paket kecil asam boi dalam belas belas biji kot. 
Pastu perah asam limau kasturi dalam 10 biji. Limau kasturi tu kalau yang dah masak, bila dah lembut dalam air, dengan kulit kulit dia aku telan.
Kalau limau nipis dalam 5 biji je. Rasa masam tak sama dengan limau kasturi.
Pastu tambah lagi 2 sudu serbuk asam boi yang aku kisar sendiri. 
Masa sedut tu boleh rasa asam boi kasar kasar tu melayang masuk tekak. 
If manis, lepas letak ais tambah je air sejuk secukup rasa. 
Fuhhh musim panas sekarang ni, sekali minum dapat 2 jar baru lega.huhu


Ok, tu je nak share. Babaiiii......










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...