Thursday, April 07, 2016

Angin.


Assalam.

Hari ni aku mc lagi. Kali ke2 untuk tahun ni.
Tak tahu kenapa tetiba pagi tadi tersedar tak sure pukul berapa.
Maybe dalam 3,4 pagi kot.
Macam biasa pergi tandas tapi lepas tu bila nak sambung tidur, rasa sakit sangat kat perut n bahagian ulu hati.
Seingat aku dah lama sakit gastrik aku tak sesakit kali ni.
Last dlu masa kat uni sampai kena cucuk tapi lepas tu ok jelah.
Terkawal n selalunya if rasa sakit ulu hati aku terus makan je gaviscone atau ubat lain

Kali ni memang sakit sampai tak boleh tidur.
Dekat sejam jugak.
Aku terus bangun cari krim susu kambing n sapu di bawah dada n perut.
Sapu jugak kat belakang badan.
Suami ada je kat luar maybe terlelap atau tengok bola. Malas nk kacau dia.
Lepas sapu krim tu still lagi rasa sakit.
Then pergi tandas ingatkan sakit nak berak sebab lately pun jadual berak aku dah tak teratur.
If dulu setiap pagi wajib dalam pukul 6 lebih akan berak tapi lately 3,4 hari tak jugak membuang.
Kentut lagila takde. If dulu adala jugak pagi pagi.
Teringat mentua aku tang tukang urut cakap medu angin aku ni nanti dah jadi makin teruk. Huhuhu

Rasanya makin teruk la ni.
Nak menambahkan teruk lagi tengahari semalam n malam semalam aku makan kerabu mangga.
Memang masamla. Makin la bertambah asid dalam perut aku ni.
Tapi dah selera aku ni lebih ke benda masam.
Tu yang dari muda sampai dah tua bangka ni gastrik tak ok ok.
Pagi pulak bersambung muntah muntah.
Letih la weiiii. If muntah bukan keluar hapa pun. Letih je dapat.
Tu pasal masa hujung bulan ritu aku sampai menangis nangis dalam tandas kat tempat keje.
Dahla badan tengah letih, perut sakit. Mana nak kena ganti kelas. Mana nak kena check report student lagi. Huhuhu. Breakdown terus aku jadinya.
Rasanya lepas ni kena standby gaviscone sachet tu sokmo.

If masa takde kerja urgent nak kejar duedate okla sikit nak mc.
Tapi kalau dlu masa ada kelas kalau nak mc rasa bersalah sangat.
Ingat sepanjang 4 tahun lepas aku kerja, tak sampai 5x kot aku mc.
If demam n selsema sikit sikit aku datang je kerja.
Tapi sekarang ni pun if nak cuti or mc fikir banyak kali jugak.
Kat ofis tu admin clerk dahla tengah sarat, if dia sorang kesian jugak.
Memangla dia cakap ok je dia cergas je lagi tapi kita ni ada otak kena fikirla jangan nak pentingkan diri sendiri je.


Lagi 2 bulan dah nak puasa. Hopefully aku okla nanti.
Nampaknya kenala kurang makan makan benda masam ni. Huhu
Kalau asam sekarang ni memang aku dah kurang banyakkkk dari dulu.
Tapi lately dok menggila minum air asam boi limau la pulak.
Nampak gaya kena kurangkan jugak. Huhuhu



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...