Thursday, November 24, 2016

Ihtifal Tadika Aulad Pintar-Part 2


salam...

entri bersambung.
dalam pukul 7 tunggu order nasi air dingin still tak sampai.
sepatutnya semua staff makan dari pukul 7-7.30 je.
so aku kol kawan yang urus benda ni.
bagita yang kol tak angkat, wasap tak reply.
pastu kol bagitau bos.
harusla bos bebel kan.
kawan yang handle benda ni dia cakap dia boleh je belikan masa otw nak datang tapi bos still tak puasa hati sebab masa tu dah lewat.
so aku teringatla ritu suami bawak beli nasi kat kedai Pok Mat Milo Tunggeng belakang hospital KPJ.
terus aku ajak cikji pergi beli kat situ je.
dahla nak cepat, bila nak keluar dari parking basement, terlupa pulak nak cop keluar tiket keluar parking.
aku suruh cikji je pergi kaunter nak cop resit parking.
tup tup kat situ cikji cakap staff ktc bagitau yang bilik kitorang dah ada kereta lain yang claim untuk parking tu.
entah cikji cakap apa, dapatla kami keluar tanpa bayar jugak.
orang dahla panik nak cepat, banyak pulak hanky panky. kan dah kena sound dengan cikji.kihkihkih

sampai kedai pokmat, cikji yang ambik n kira nasi.
beli n bayar untuk 44 bungkus, tapi bila balik ktc lepas semua staff ambil nasi, tengok tengok nasi tak cukup 9 bungkus.
aduhhhlaa..masa tu dahla nampak parents dah ada yang sampai.
aku masa tu memang dah tak fikir makan dah.
nasib baik cikji nampak satu gerai jual nasi bungkus baru bukak depan kpj.
terus cikji ajak aku lintas jalan je beli nasi kat situ.
elok je tengah lari lari lintas jalan, bolehla pulak tercabut tapak kasut aku kat tengah jalan.
nasib baik masa tu kereta tak banyak lagi.
acctually kasut mak aku pinjam. walaupun baru tapi sebab mak simpan je kasut tu tak pakai, tak sangkala pulak sampai tercabut tapak.

dahla ihtifal tahun ni, baju baru aku jahit dress.
memang berpeluh la ketiak pagi pagi buta.
cikji cakap pagi lagi dah penat.huhu

setel beli nasi kat situ barula aku masuk kat chantique restaurant untuk breakfast, sambil bawak sekali tapak kasut yang tercabut.
dan nasib baikla jugak aku dah standby sandal spare.
memang sandal wedges ni plan nak pakai untuk bergambar lepah habis majlis.
tak sangka dari awal majlis dah kena pakai kasut tinggi.huhu
dahla tugas aku kejap ke depan dewan kejap kebelakang. kejap ke kanan dewan kejap ke kiri. kejap kena naik atas pentas.
dan aku siap terpeleot depan parents lagi.huhuhu
nasib baik sempat kontrol tak tersepuk jatuh kat situ.
kalu tak eei mana nak letak muka aku ni.



kasut pengawas bata mak. dia beli masa nak g umrah tahun lepas.
bukan tercabut sikit ye, memang tercabut terus ye.
ni mak tak tahu lagi ni.
nak kena pegi repair dulu baru nak hantar.kihkihkih

lepas tukar sandal, barula aku sempat breakfast sikit.
personal opinion aku, kalau KTC ni bab dewan memang ok.
bos suka buat ihtifal kat sini, sebabnya dewan luas.
tapi bab makanan memang fail.
lagi sedap makan nasi bungkus kot.huhu
menu dahla sikit. nasi lemak, mee goreng, sosej, nugget, jus oren.
bab sikit takde masalah tapi bab rasa tu memang kelaut.
aku dahla pepagi buta lagi dah letih, so memang takde selera la nak makan.
nasib baik free sebab ada tempahan bilik.
if berbayar, idokla nak makan kat sini. hancusss.
tahun lepas lagila masa kursus, menu spageti aglio olio tu guna seafood sotong busuk kot.
sampaikan gatal jadinya mulut bila makan. serik dah la lepas ni.


 selain dari tu, alhamdulillah majlis berjalan lancar.
tahun ni ihtifal paling best kot.
persembahan best. pakaian anak anak pun menarik.
and aku dengar parents lagi kuat bersorak tahun ni bila students naik stage nak buat persembahan.
tu je pun yang penting.
masa untuk enjoy dah letih sepanjang tahun menjaga mendidik anak anak.
pendek kata penat lelah tu berbaloi.

tahun ni disebabkan dah tak pakai baju korporat untuk ihtifal, so adala mood sikit nak bergambar.

sementara menunggu majlis betul betul tamat, aku lepak je depan stage tengok student tengah dok berlari, bermain mengalahkan kat playground.
almaklumla parents busy dok makan dan bergambar.hehehe
sempatla snap gambar sekeping dua.


gambar tuan tanah super duper kembang.
orang lain semua bergaya tudung belit belit.
aku cukupla sekadar gaya ustazah.
setiap tahun pun memang gaya macam tu.
yang penting gaya ustazah ni boleh cover perut buncit.kahkahkah




adik adik teacher dan assistant yang sama sama penat lelah sepanjang tahun.
terima kasih bebanyak.
next year ada yang masih ada. ada jugak yang dah berpisah.



tugasan tahunan aku n cikji masa persiapan dewan.
tahun ni ramai assistant tolong, so kurangla sikit letihnya.hihi
tenq korang.
macam biasa aku n cikji, gambar kitorang la yang paling sikit sekali masa persiapan ke, masa majlis ke..
tak sempat nak bergambar.
kalau aku ni sebab tak suka sangat bergambar.
kalau cikji sebab sibuk macam lipas kudung. 
gambar ramai ramai pun takde,huhu
setiap tahun pun macam tulah kekdahnya.
almaklumla, makin lama ni makin tua.
bagi kat bebudak jelah yang suka suka bergambar ni.
asik selfie memanjang... i is dont like..hehe

tengahari tu lepas habis majlis, dah boleh terus balik.
tahun ni bos nak anjur annual dinner, so takde lunch staff lepas habis event.
otw balik singgah husm jap, melawat kawan mak sakit.
pastu singgah solat zohor di tadika.
pastu otw balik aku singgah makan kedai faveret akulah.
kedai kaki bukit.




makan tomyam lagi.
makan sorang pun takde hal. dah biasa.
asal kenyang sudah. hihi
lepas tu terus balik jelawat.
badan letih kaki sakit. aku takde mood nak menyinggah rumah mak.
dalam kepala fikir nak mandi, tukar baju n rehat.
sempat terlelap kejap.
dekat nak maghrib kakak datang hantar tat dari jerteh, aku terus gerak hantar kat orang order kat jelawat.


 gigih kakak hantar tat 100 biji all the way from jerteh.
demi order untuk customer, cikgu aku masa sekolah rendah dulu, cikgu nik.
tq cikgu sebab order.
tq kakak ku sayang sebab sudi hantar....muah ciked!

okla, habis sudah entri ihtifal campur bebelan muis...jumpa lagi yer..daaaa







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...