Thursday, May 04, 2017

Menu Muis 2.0


Assalamualaikum..

lately mood nak capture gambar menu harian sudah kembali.
so banyakla gambar dalam hf.
pun asik tangguh je nak update blog.
kalau time lapar atau puasa, muis suka sangat sangat kalau dapat tengok gambar makanan.
alahhh...setakat makanan menu biasa biasa je pun.huhu
 tapiiiii..menu biasa tu jelah yang buat muis n suami selera makan.
lauk beli kedai ni sekali sekala bolehla.



ikan pekasam dari kedah. kawan suami yang bagi.
sedap sebab rasanya masam masam.
memang kena molek if makan dengan lauk gulai ayam ke gulai ikan ke.
if goreng garing memang licin sampai ke tulang.
last stock tinggal sekor je.
ada kawan balik kampung kat kedah nanti, harapnya boleh la kirim.
cuma jenis ikan tu tak sure ikan apa.
maybe ikan lampam jawa kot. 




ikan selar kuning.
suami suka beli n memang dia pesan goreng garing je.
style aku serbuk kunyit lebih. memang sodap makan dengan nasi panas.
cuma kena alert dengan tulang keras dekat perut dia je.
orang kelate panggil tulang perdoh. bentuk macam bercabang segi tiga gitu, bukan straight.
if terlekat kat tekak, memang naya.




ayam perap masa buat nasi ayam.
nampak moist macam ayam panggang kan?
padahal goreng je ni.hehe
time buat nasi ayam je, aku buat ayam portion besar.
untuk menu lain memang potong kecik.





lauk pebret saya.
ikan masak kicap berkuah pekat.
ikan pebret. ikan tongkol. ikan aya.




udang n ayam goreng kunyit lembab.
tak garing.
ni kalau makan kat kedai tomyam, rm7 dah sepinggan lauk bercampur macam ni.
portion lagi sikit kot.
buat sendiri lagi puas hati. 




sekali sekala tomyam campur masak sendiri.
if cukup bahan, buat jelah.
lagi jimat, lagi bersih lagi banyak portionnya.
baki tomyam boleh makan dengan kuetiow atau mihun belah malam pulak.





sardin tak tumis.
just masukkan kuah sardin dalam kuali, campur air sikit.
pastu campak je bawang n lada, perasa garam gula.
sos ikan/tiram/tomato/cili/soya(kicap) sikit.
yang penting ikan dia kena goreng dulu.
suami request suruh buat pedas. so campak lada thai lebih sikit
tak sure nape kuah sardin jadi kaler oren.
lighting hf kot. 
 kadang kadang suami tapau je lauk if hari cuti.



telur ikan masak apa tak sure.
nak kata goreng, tak garing pun.
memang bukan taste aku.
padahal suruh suami beli telur ikan mentah, sebab nak goreng garing je.
tapi dia cakap takde kat pasar.
so belila yang dah masak.
kesudahannya, makan seketul dua yang lain masuk tong sampah.






gulai siput sedut.
aku ni memang tak reti nak makan/sedut siput.
kalau 10 ketul, adala 2 kot yang boleh keluar.
yang lainnya, macam nak putus nyawa aku sedut pun dia taknak keluar.huhu
tapi gulai ni selalu suruh suami beli sebabnya sedap sangat sangat.
kuah dia secukup rasa n pedas.
makan yang ni konfem meleleh air hingus.
if sedut tak keluar takpe, aku tarik keluar guna garfu je. kahkahkah


yang ni pulak antara menu selingan waktu petang atau malam.
memang jarangggg sangat nak masak nasi n lauk.
kalau anak taknak, aku pun jarang makan malam n suami selalunya pun taknak jugak.


megi berkuah. suami tak suka sangat megi goreng.
paling kerap 2x seminggu.
selalunya sekali seminggu je.



kalau nasi dengan lauk taknak kalau malam.
tapi kalau nasi goreng, makanla pulak.huhu
so kalau tadika ada nasi lebih kadang2 aku tapau bawak balik je.



kuetiow kungfu.
dah lama tak masak.
sedikit termasin.hehe
aku kalau lauk ayam udang sotong ada rajinla nak masak cenggini.
kalau just ada ayam je, memang malas. titik.

selain tu, kalau malam aku paling suka jugak buat mee goreng basah.
seminggu sekali buat sampai aku rasa skill masak mee goreng basah aku ni dah hebat sangat.
pendek kata pejam mata je masak.
konfem basah. konfem sedap. konfem licin pinggan suami n anak.
tapi, sekali pun aku tak pernah snap gambar.
mungkin sebab tak sabar nak makan kot.kihkihkih


yang ni pulak pic lunch aku kat tempat keje.
dah masuk tahun ke6 kerja kat tadika ni, memang aku muak je dengan lauk tadika.
almaklumla lauk untuk budak kan.
pedas pun tak.
mana yang kuah pekat terpaksa dicairkan sikit. gitulah kekdahnya.
tapi ada a few menu yang aku still makan.


 telur rebus masak sambal.
kalau dapat telur mata lagi best ni.
pair dengan stok ikan pekasam kedah aku ni.




gulai ayam. lawan jugak dengan ikan pekasam kedah.
nasi panas n kicap.
sambal sikit. kalau ada ulam timun lagi terangkat rasa dia.



lunch masa hari cuti.
suami takde. anak taknak makan.
so aku makan sorang depan tv je.
buat gulai udang, goreng ayam.
sekarang ni tengah musim mangga muda, so cincang letak dalam budu dan ulam timun.
kali ke3 menggulai udang. kali ni yang paling best rasanya.
itu bermakna, aku semakin pandai menggulai. good job muis. :)

ok, tu je nak share kali ni.
jumpa lagiiiiii.....

















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...