Thursday, August 03, 2017

Muis dan Doroyan

Assalamualaikum.

Petang tadi mak kol bagitau suruh datang rumah.
Dia nak buat makan makan sikit sekali dengan tahlil arwah nenek.
Bila aku tanya makan apa..dia cakap makan pulut doroyan je pun.
Terus aku berhuhuhu....

Aku dengan durian ni ada love n hate relationship gittew.
Love tu sebab kalau makan layan la jugak seulas dua.
Hate pulak sebab bau dia memang konfem buat aku sakit kepala n bad mood.
Btw aku ni jenis mudahhhhhh sangat sakit kepala dengan bau bauan.
Sangat sensitif.
Aku pantang bau durian, bau vanila, perfume yang bau manis sweet sweet gittew, bau popcorn tengah masak, bau air freshner lavendar..etc.

Ok berbalik pasal durian.
Aku cakap kat mak taknak la balik sebab nanti satu rumah bau durian.hehe
Siap tanya mak lagi takde makanan lain ke?
Malas mak aku nak layan.kahkahkah.
Bila aku sampai tadi terus mak cakap...kata tokse balik? 😂😂😂

Balik keje petang tadi pun elok je sebiji durian parking area ruang tamu.
Tak sempat letak beg terus aku ambik durian tu pastu pergi letak kat kerusi kat tangga depan rumah.
Tutup pintu rapat.
Masuk bilik ambik air freshner sembur area situ.

Malam tadi pulak suami bawak nasi durian ke dapur.
Kulitnya dia terus buang n isi durian 2 3 ulas dia simpan dalam peti ais.
Dalam mangkuk x tertutup.
Aku nak buang takut suami hising.
Kesudahannya ambik tupperware yang bertutup. Simpan dalam tu.
Dengan harapan semoga baunya berkurangan.
Habisla busuk bau peti sejuk i.

Minggu lepas balik rumah mak.
Sampai je terus nampak ada 5 biji durian kat tepi pintu.
Letak beg je terus aku ajak suami angkut durian letak kat dapur.
Tutup dengan kain buruk.
Pernah dulu aku angkut durian letak dalam area stor tepi dapur. Kalau boleh aku nak jarak yang sejauh mungkin antara aku dan encik durian.

Bukan mengada ye. Cuma aku jadi lemas.
Bau dia tu buat aku jadi tak tentu arah.
2 3 jam di rumah mak ni semoga aku bertabah.huhuhu


Antara suspek..padan muka kena selimut dengan kain buruk je. 😛

Bila nak habis musim doroyan ni ek? 😅

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...