Ramadan 2018-Entri 1


Assalamualaikum..

Ramadan tahun ni tak sama dengan tahun tahun lepas.
Malas gila nak berblog.
Kebetulan start puasa tengah sebuk dengan kerja.
Dalam 2 3 minggu ni, rasa macam minggu je kot macam free sikit.

Selalu pun bulan puasa, aku rajin je snap gambar menu buka puasa.
Tapi tahun ni macam malas sikit.
Mungkin sebab aku sempat berpuasa 2 hari je lepas tu terus bercuti.
Bila tak puasa, mood puasa pun takdelah kan.
Memangla seronok tak payah puasa seminggu, tapi feel masa berbuka tu tak adalah.huhu

Tapi memangla sekarang ni dah akhir zaman kan.
rasa macam baru je first day puasa..tup tup  hari dah 11 Ramadan dah.
Lagi 18 hari je dah nak beraya.

Disebabkan tahun ni malas..so gambar lauk pauk berbuka pun kita campur campur jelah ek..
yang penting, lain masak wajib ada.
sumpah aku tak selesa dengan lauk bazar.
suami ajak gi bazar pun malas.
aku cuma singgah bazar otw balik kerja sebab nak beli popiah goreng dengan air je.




gambar atas ni semua lauk pauk berbuka hari Ahad, isnin, rabu. 
hari pertama semua lauk beli sebab aku tak sempat nak beli lauk mentah.
suami beli ayam percik, kerutuk daging dengan ayam madu.
hari kedua, balik buka puasa rumah mak.
lauk macam macam tapi aku cuma makan nasi dengan kulat sisir, ikan siakap sikit dengan hati lembu goreng sikit. tu je.
hari ketiga pun buka puasa rumah mak jugak.



lauk ikan bawal cicah sambal kicap tu buka puasa hari selasa.
suami beli dalca daging n tapau mee goreng kakak ipar buat.
sambal kerang aku masak n tapau puding gula hangus.
jarang sangat boleh jumpa yang kena dengan selera tekak aku, so beli 2 slices, rm1.50 satu.




gambar atas lauk berbuka hari khamis.
aku masak ikan aya masak kicap.
pastu sambal paru suami beli sehari sebelum tu tak makan pun.
so aku modified balik buat sambal yang baru.
ada pulak ulam kacang botol, selera la sikit makan.

hari jumaat buka puasa lauk sup ayam dengan ikan talapia cicah sambal kicap.
hari sabtu buka puasa rumah mak je.

hari ni aku dah start puasa balik. so semangat nak berbuka tu terasa la sikit.
plannya nak masak lala goreng pedas dengan ikan aya goreng je.
untuk bersahur plan nak goreng mee.

ok,tu jelah update sehingga 11 ramadan.
lenkali kalau rajin saya update lagi.hehehe




Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D